Saturday, November 6, 2010

...Antara Sabar dan Mengeluh...

... apa saya baca saya kongsi... sebab saya suka baca cerita seperti ini... anda tidak suka tak mengapa.. saya cuma ingin berkongsi... walaupun sebenarnya saya tidaklah seperti apa yang anda lihat dan anda  kenal serta anda akan baca ... =)


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan teladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi,:

" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)


*....Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah...*.

Friday, November 5, 2010

...Jalannya tak seindah sentuhan mata..

Sekadar Hiasan...


Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Jalan kebenaran,,,,
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah???
Bila disapa duri yang menanti...
Akan kaburkah mata yang meratap???
Pada debu yang pastikan hinggap.....

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

Thursday, November 4, 2010

Pahlawan Agama

Sekadar Hiasan....


Di masa budi hancur punah
Di waktu Islam hancur musnah
Ku terkenang nabi membawa hidayah
Pahlawan agama yang gagah

Pembawa undang-undang yang indah
Pembanteras perkara yang salah
Pemimpin umat yang berjasa
Handal pendekar lagi perkasa

Dengan ilmumu yang tajam
Memusnah musuh yang kejam
Biar musuh memutih di bumi
Namun undur tidak sekali

Sungguh kau berhati kota
Bersemangat besi waja
Kau pesuruh Allah tercinta
Wajahmu terbayang di ruang mata

Sejarah tetap menjamin
Jasamu menjadi cermin
Obor semesta negara sentosa
Dua panduan yang disedia

Panduan Al-Quran dan Sunnah
Peninggalanmu yang berharga
Dijadikan undang-undang dunia
Supaya dunia aman bahagia

Senilagu: Mohamad Asri Hj Ibrahim
Senikata: Mohamad Asri Hj Ibrahim
OP: KRU Publishing Sdn Bhd
SP: EMI Publishing M Sdn Bhd 

*....Selawat dan salam buat nabi junjungan, berikanlah kami syafaat, terimalah kami sebagai ummatmu.....*

Wednesday, November 3, 2010

Laksamana Sunan

LELAKI ITU IMANNYA CUKUP KENTAL,
SABARNYA CUKUP TEGUH,
 TABAHNYA BUKAN MUDAH RETAK,
KASIH SAYANGNYA AMAT DALAM,
SEINDAH PERIBADI AGUNG RASULULLAH
DIA CUBA UNTUK CONTOHI,
SEMURNI SEIKHLAS HATI,
DIA SEDAYA AMALKAN,
SIAPAKAH GELARANNYA,
MUNCULKAH DIA DI DUNIA NYATA INI,


......MASIH ADAKAH LELAKI PILIHAN SEPERTI ITU.......

Tuesday, November 2, 2010

Apa yang Allah susun untuk kita

Sekadar Hiasan


Kita tidak akan sekali dapat menjangka
apakah yang Al-Hakim aturkan buat kita
bijaksanaNya melampaui ilmu yang ada
lantas acuan siapakah yang lebih baik daripada milikNya

Adakala kita tidak suka
adakala kita tersangat gembira
aturanNya bukan pilihan kita
di hujungnya ada redha
dan pada redha itu ada bahagia yang tiada tandingnya

siapakah yang mendidik diri berbaik sangka
kepada Allah yang memahami diri memlebihi kita
Disuruh usaha sudah berusaha
selesai sudah tanggungjawab hamba
maka mengapa tidak kita tunduk pada ketentuanNya?

Apa guna raungan bila gagal?
Apa guna riya’ bila berjaya?
Apa guna kecewa bila tidak mendapat yang dikehendaki kita?
Ini semua yang Allah susun untuk kita
Apakah kamu menyangka
kamu jurutera takdir yang lebih mengetahui segala?

Apa yang Allah susun untuk kita
sentiasa terbaik dan membawa bahagia
hatta dugaan dan tribulasi
semuanya untuk kebaikan kita hamba yang bernama manusia
siapakah yang mendalami
siapakah yang meneliti
sungguh manusia adalah hamba yang merugi



sekadar hiasan...

Monday, November 1, 2010

... Ujian Sana Sini...

Sekadar hiasan..


Ujian bukan setakat menulis jawapan pada kertas peperiksaan.. hurmm... betul..betul..betul.. Bila dah hidup sendirian kat tempat orang baru kita tahu dan belajar tentang sesuatu... Ujian bertambah berat apabila kita ditempatkan pula ditempat yang banyak ujian.

Kenapa ada ujian

Allah datangkan ujian pada kita sebab DIA sayangkan kita,.. Terpulang pada kita bagaimana nak hadapinya. Memang perit,, pedih dan pahit untuk ditelan.. Astagfirullah...

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?
… dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…
(albaqarah:286)
… sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
… (ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
(alinsyirah:5&6)
“Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, ‘When will come the Help of Allah?’
Yes, certainly the Help of Allah is near!”
[Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?


::janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman::
(alimran:139)
.:adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata ‘kami telah beriman’ tanpa mereka diuji:.
.Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta:.
(alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?



“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”
(Ar-Ra’d: 28)

Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?


“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..
(Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?


“Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
(Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
(Surah Yusuf ayat 12)


Comel pulak.. haha!

*.... september dan oktober ku tinggalkan dengan rela.. melangkah menongkah arus... semoga apa yang menimpa diriku tidak akan terjadi kepada orang lain....*

...Halawatul Iman....



...tidaklah dinamakan qalb(hati), kecuali kerana ia yataqallab(berbolak-balik)...

halawatul iman?!

Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman:
  1. Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya,
  2. mencintai seorang hanya kerana Allah,
  3.. Tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia    juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka..


 * Kenapa sukar untuk aku mencapai Halawatul Iman....?? adakah kerana hijab atas dosa-dosa yang ku lakukan??....*

click to create your own

kita kan Geng