Wednesday, February 16, 2011

Buta Mata

Assalamualaikum.. w.b.t


Adakah kita sengaja membutakan mata yang celik?
Apa rasa nya menjadi orang yang buta?
Apakah yang akan dirindui sekiranya saya menjadi buta??
ohh TUHAN,, sungguh tidak sanggup untuk itu ... seandainya aku menjadi buta,, aku akan sentiasa merindui wajah ayah dan bonda, adik beradik, kawan-kawan... dan aku pasti akan merindui keindaha alam ciptaanMU..

Buta...
Hindarkan diriku dari buta dijalanMU Ya ALLAH... Pimpinlah kami ke jalan yang benar.. jalan yang KAU redhai..
Seandainya aku diberi pilihan untuk memilih antara BUTA dan PEKAK... aku rela mejadi BUTA.. tetapi BUKAN BUTA di jalanMU..

Pekak...

Tidak sanggup ku menjadi PEKAK.. Cukup seandainya BUTA itu menjadi diri ini... kerana aku tidak sanggup untuk hidup di alam tanpa suara.. dunia yang sepi...sunyi.. 
Dikala itu,, aku tidak lagi akan mendengar suara merdu muazin melaungkan AZAN... suara lunak hafiz dan hafizah mendendangkan ayat-ayat SUCI AL-QURAN...
Pada waktu itu juga, tiada lagi suara gurau tawa AYAH BONDA dan KELUARGA tercinta.. ohh aku amat merindui mereka... 

Namun,
Aku bersyukur dilahirkan menjadi seorang insan yang normal.. tiada cacat cela dari segi fizikal dan mental.. Cuma amal ibadat ku sahaja yang masih lompong... Masih lagi terleka dengan hiburan dunia.. ALLAH...



Thursday, February 10, 2011

Pengorbanan

Di suatu sudut  kelihatan seorang bapa menunggu LRT. Dibawa bersamanya 3 orang anaknya yang kelihatan ceria dan tidak reti duduk diam. Tingkah laku mereka persis seorang budak hiperaktif. 

Pantang melihat orang lain duduk diam pasti akan diganggu. Along, Angah dan Achik kelihatan teruja sekali. Seolah-olah hendak memberitahu bahawa mereka bertiga sahaja sedang dalam kegembiraan.



Si Bapa pula kelihatan tenang. Hanya mendiamkan diri sedari keluar dari rumah tadi. Didalam LRT, Si Bapa melelapkan matanya. Tidak mempedulikan langsung akan karenah anak-anaknya yang mengganggu penumpang yang lain.

...................................................................................................

Seorang pemuda menghampiri Si Bapa. Lalu berkata....

" Assalamualaikum , Pak Cik.."

" Waalaikumussalam..."

" Pak Cik, maaf kan saya kalau menggangu. Tapi anak-anak Pak Cik ni menggangu penumpang lain. Orang baca surat khabar dia pun nak baca jugak".

" Pak Cik mintak maaf. Sebenarnya sudah 3 hari anak-anak saya tak makan. Tak ada selera makan. Ini semua disebabkan isteri saya sakit. Terlantar di hospital ..... Semalam Pak Cik dapat panggilan telefon dari doktor yang kami sudah dibenarkan melawat... Malam tu jgak la anak-anak saya makan banyak. Berselera sangat2 Pak cik tengok... tapi...."

" ooo.. yeke pak cik? tapi ape yer pak cik...?


" ...pagi tadi Pak Cik dapat panggilan. Doktor cakap isteri Pak cik meninggal. Pak cik tak tahu macam mana nak bagitahu anak pak cik yang mereka akan melawat mayat emak mereka...sebab tu la pak cik lelapkan mata... pak cik tak menangis dihadapan mereka..."


....................................................................................................




Wednesday, February 9, 2011

Aku dan P.B.S

Assalamualaikum... w.b.t..


PBS

Apa itu PBS? 

PBS ysng dimaksudkan disini adalah berkaitan dengan Pengalaman Bercuti Sekolah. Setelah sekian lama melucutkan jawatan sebagai murid sekolah, aku masih berpeluang menikmati kemeriahan bercuti sekolah.

Baru-baru ni Perayaan Tahun Baru Cina telah disambut oleh penganut agama Buddha. Oleh itu aku diberikan cuti selama seminggu bagi memberi laluan kepada penganut agama tersebut untuk merayakan perayaan tersebut.

Apa yang aku nak kongsikan disini adalah apa yang aku dapat semasa cuti perayaan tersebut.

Ang Pao

Ape yang aku dapat? ..aku dapat ang pao.. Sampul merah yang didalamnya mempunyai kertas bernot RM 10.

Siapa yang bagi?  .. amoi yang aku tak kenali..

Mengapakah?? ... sebab aku menolongnya ... waktu tu dia mengejar masa untuk pulang ke kampung.

Dimana?? .. di sebuah bank ... AGRO BANK PONTIAN...





 Huhu.... 


Nak dipendekkan cerita,,, aku menerima nya dengan hati terbuka... 


Dia melemparkan senyuman,,, aku membalas dengan senyuman kelat... ape tak ny ,, semua mata tertumpu kat aku waktu tu...


moral : buat baik di balas baik.

Friday, January 28, 2011

Saya Dan Cinta

Assalamualaikum..w.b.t..


Entry kali saya copy je dari blog ong lain.. hehe.. sebab cam ada kena mengena je dengan diri ini.. ehehe..  kredit to  http://ms.langitilahi.com

Saya Dan Cinta.

Aishiteru, jika aku melafazkannya, aku maksudkan cinta yang ini kepadamu ~ 
Cinta, dan saya. Saya, dan Cinta..

Yang membuka pintu hati ini kepada cinta, adalah seorang lelaki bernama Rosdi. Saya senang memanggilnya Pakcik Rosdi. Rosdi bin Baharom nama penuhnya. Dia banyak mengajar saya akan cinta. Banyak menunjukkan kepada saya cinta. Banyak mendidik saya akan kebenaran dan kepalsuan yang ada di dalamnya.

Cinta itu tidak terlimit hanya dengan hubungan lelaki perempuan. Tetapi turut mencakupi hubungan manusia dengan Tuhan. Cinta itu bukan perasaan liar tanpa kawalan, tetapi di dalam Cinta wujud peraturan.
Saya rasa gembira dengan Cinta.
Saya senang dengannya.
Sebab itu saya sangat menyayangi Cinta.
Dan menjaganya.

Cinta yang saya tahu

Apakah cinta?

Cinta yang saya tahu, adalah “Ingin bersamanya di syurga.”
Saya hanya tahu yang itu. Sebab di dalam Cinta ada kasih dan sayang. Bukankah amat menghairankan jika saya menyatakan: “Saya sangat sayangkan awak, kasihkan awak, sepenuh hati saya.” kemudian saya menyepaknya ke dalam api yang marak. Nyata itu bukan Cinta.
Maka, mahu tidak mahu, apabila disebut Cinta, kita inginkan dia bahagia. Kita inginkan orang yang kita cintai itu senang. Kita inginkan dia tidak sakit. Kita tidak mahu dia cedera. Maka kita patut persoalkan diri kita, apakah bahagia yang tertinggi? Apakah kesenangan yang hakiki?
Bukankah hanya syurga?
 
Maka adalah sangat pelik, apabila melafazkan cinta, tetapi kita melempar orang yang kita cinta ke dalam neraka. Apakah kesakitan yang lebih dasyat daripada neraka?
Maka Cinta yang saya tahu, hanya itu. “Ingin bersamanya di syurga.”
Sekiranya perasaan itu melempar ke neraka, maka itu bukan namanya cinta.
Itu cinta yang saya tahu.

Daripada cinta ini

Daripada kefahaman cinta yang tadi, maka saya belajar untuk mempertingkatkan diri.
Yalah. Bila faham bahawa kalau cinta itu hendak bersama di syurga, maka mempertingkatkan diri adalah perkara yang teramat penting. Bagaimana hendak ke syurga dalam keadaan diri masih lalai dan alpa? Bagaimana hendak ke syurga dalam keadaan diri masih ada rasa cinta kepada maksiat dan kemungkaran?

Maka mempertingkatkan diri menjadi perkara wajib, dan kerana cinta tadi, kita perlu sentiasa memerhatikan peningkatan diri dan merancangnya.
Kita perlu menjadi orang yang kuat untuk menarik orang yang kita cinta itu ke syurga. Kita perlu menjadi orang yang kuat, untuk tidak menyusahkan orang yang kita cinta itu dalam menarik kita ke syurga.
Kalau benar-benar cinta, maka kita tidak akan melepaskannya ke neraka. Kalau benar-benar cinta, maka kita tidak akan menyusahkannya dengan menceburkan diri kita ke dalam neraka.
 
Kedua-duanya memerlukan kita mempertingkatkan diri.
Dan inilah dia cinta yang hakiki.
Inilah dia sayang yang sebenarnya.
Saya, ingin bercinta begitu.
Saya ingin menyayangi orang-orang yang saya sayang begitu.

Saya hanya faham cinta yang ini

Saya hanya memahami cinta yang ini.
Kalau saya menyebut cinta, saya hanya memaksudkan yang ini.

Maka dengan cinta ini saya tidak jemu. Saya akan terus mencintai orang yang saya cinta. Maka dengan cinta ini saya tidak penat. Saya akan terus mencintai orang yang saya cinta. Maka dengan cinta ini saya tidak letih. Saya akan terus mencintai orang yang saya cinta.
Walaupun cinta saya dipandang sebelah mata.
Walaupun kadangkala dipandang merimaskan. Walaupun adakalanya dipandang jelek dan kelihatan hanya omongan.
Bila hendak memanifestasikan “Hendak bersama dengannya di syurga”, maka hendak tidak hendak, saya perlu membina cinta ini di atas “Tuan Punya Syurga”, yakni Allah SWT. Cinta saya mesti berpaksikan Dia, mengharapkan balasanNya, mengharapkan redhaNya.

Sebab itu cinta ini akan terus saya jalankan. Tanpa peduli apa penerimaan daripada orang yang saya cinta. Tanpa kisah apa jenis balasan yang diberikan oleh mereka.

Sebab bila saya kata bahawa definisi cinta adalah “Hendak bersama dengannya di syurga”, maka secara automatik saya sudah niatkan bahawa cinta saya adalah keranaNya.
Dialah yang membalas penat lelah saya. Dialah hakim kepada cinta saya. Dialah yang akan memberi ganjaran. Sebab itu di dalam cinta ini, walaupun wujud mehnah dan tribulasi, tetap kesenangan dan kebahagiaan juga yang menghampiri. Sebab semuanya bergantung kepada Allah SWT, dan berpaksikan perintahNya. 

Tiada kekecewaan kerana Allah itu tidak pernah mengecewakan.
Tugas saya adalah mencintai dengan kecintaan ini.
Cinta ini tidak pernah mengecewakan.
Dan saya tidak faham akan cinta melainkan cinta yang sebegini.

Sebab itu cinta ini menyenangkan

Sebab itu cinta ini menyenangkan.
Tiada kenegatifan. Yang ada hanya positif. Jika diganggu pancaroba, penawar sentiasa ada. Jika rasa kecewa, kejelasan niat sentiasa menyelamatkan jiwa.
 
Cinta ini melapangkan. Cinta ini memberikan kekuatan. Cinta ini memberikan kesedaran. Cinta ini melahirkan sayang, dan sayang di dalam cinta ini tak akan malap. Cinta ini menjamin diri ke syurga.
 
Sebab itu cinta ini menyenangkan. Saya hanya faham cinta dengan kefahaman ini.
Selain yang boleh memberikan ini, itu bukan cinta pada tafsiran saya. Sebab itu, ‘cinta palsu-cinta palsu’ lain, tidak diiktiraf sebagai cinta oleh saya. Apa-apa yang melanggar syara’, menjemput murka Allah, dan melempar diri ke neraka, itu bukan cinta pada saya.
 
Melempar seseorang ke dalam api dan itu dinamakan sayang? Saya tidak pernah mendengarnya.

Penutup: Cinta ini banyak mengubah saya

Belajar bercinta banyak mengubah saya. Ketiadaan cinta membuatkan hati menjadi keras, dan diri sukar untuk tunduk. Ketiadaan cinta membuatkan jiwa sepi, dan diri sukar merasakan ketenangan.
 
Tetapi bila bercinta, hati jadi lembut, jiwa jadi lapang. Sentiasa rasa ingin tersenyum. Sentiasa rasa ingin mengasihini yang lain. Sentiasa rasa ingin menjadi yang lebih baik. Sentiasa cuba melakukan yang terbaik. 

Sentiasa berusaha memaafkan. 
Sentiasa berusaha untuk menebus kesalahan.
Semuanya untuk diredhai Allah, agar mendapat syurgaNya.
Semuanya untuk dikasihi Allah, agar mendapat kekuatan untuk menguatkan orang selain diri kita.
Semuanya untuk menyempurnakan misi “Ingin bersamanya di syurga.”
 
Ingin bersama Ibu Bapa di Syurga. Ingin bersama isteri dan anak-anak di Syurga. Ingin bersama sahabat-sahabat di syurga. Ingin bersama guru-guru di Syurga. Ingin dapat bertemu Rasulullah dan para sahabat radhiallahu’anhum ajma’in di Syurga. Ingin dapat bersama Allah di sana.
 
Bukankah menyedihkan, hidup selama-lamanya tanpa itu semua? Bahkan dalam derita?
Memahami cinta ini, membuatkan saya berusaha menggerakkan diri.
Semoga saya benar-benar dapat memanifestasikan cinta ini, di dalam kehidupan.
 
Amiin.

Thursday, January 27, 2011

Si Pengemis Buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat. 



Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a. 


Sunday, January 23, 2011

Ummu Syuhada : Cinta Sejati Seorang Ibu


...oh ibu...

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :

"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang di ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."

Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran. 
 
 

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuang tentera Islam.

Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturunan kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."


Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.


Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah kamu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik saja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas- ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,

"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."

Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,

"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur musuh-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."

Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,

"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawa kegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."

Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang- abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,

"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahaya, dan musnah mangsa oleh senjataku."

Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lainnya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil saja yang dapat menyelamatkan diri.

Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,

"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengharapkan dari Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"

Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperangan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."

* Ya ALLAH,, izinkan lah aku bahagiakan ibu dan ayah...*

Saturday, January 22, 2011

Nabi Yunus diTelan Ikan Nun



Yunus bin Matta adalah seorang nabi yang di utuskan oleh Allah s.w.t untuk berdakwah di sebuah tempat bernama Niwana. Nabi Yunus seorang pendatang ke Niwana semata-mata atas perintah Allah s.w.t untuk berdakwah kepada penduduknya.

Nabi Yunus mendapati penduduk Niwana merupakan manusia yang menyekutukan Allah dengan menyembah berhala. Nabi Yunus mengajar mereka tentang ilmu tauhid dan keimanan. Nabi Yunus juga memberi nasihat kepada mereka tentang kebodohan mereka menyembah berhala sedangkan berhala itu adalah hasil buatan manusia. Nabi Yunus menasihatkan mereka bahawa berhala tersebut tidak dapat memberi apa-apa manfaat kerana berhala itu tidak boleh bergerak dan berkata- kata. Nabi Yunus mengingatkan mereka supaya menyembah Allah s.w.t yang telah menciptakan manusia dan Allah sajalah yang wajib ditaati.

Oleh kerana ajaran yang di bawa oleh Nabi Yunus itu ajaran baru, maka tidak ramai manusia yang mahu menerimanya. Mereka lebih suka menyembah berhala-berhala yang di sembah oleh datuk nenek mereka secara turun temurun. Walaupun Nabi Yunus memberi nasihat, tetapi mereka tetap berkeras dengan berkata "Ini adalah Tuhan kami (yakni berhala-berhala), datuk nenek kami telah lama menyembah tuhan-tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan agama kami".

Nabi Yunus berkata "Aku hanya menyampai apa yang Allah menyuruh aku sampaikan kepada kamu semua, oleh itu kamu beriman dan bertauhidlah menurut agama yang aku bawa sebagai amanat Allah s.w.t". Berkata Nabi Yunus lagi "Aku ini hanyalah pesuruh yang mana Allah s.w.t telah perintahkan kepadaku supaya menyelamatkan kamu semua daripada lembah kesesatan dan lembah kegelapan serta menyiarkan kepada kamu tentang agama yang suci bersih lagi murni dan membersihkan hati-hati kamu dari kufur dan syirik, demi untuk kebaikan kamu di dunia dan di akhirat."

Walaupaun Nabi Yunus telah memberi nasihat serta pengajaran supaya kembali ke pangkal jalan, mereka tetap dengan pendiriannya dan berkata "walau apa sekalipun kamu katakan kepada kami, kami tetap tidak akan berganjak dari agama kami dan kami juga tidak takut walau apa pun ancaman yang kamu katakan dan kalau mahu cubalah datangkan ancaman itu kepada kami, kalau kamu memang orang yang benar."

Setelah Nabi Yunus melihat keadaan mereka yang tidak menerima peringatannya itu, maka Nabi Yunus pun meninggalkan Niwana dengan rasa amat marah. Nabi Yunus berdoa kepada Allah supaya mereka yang keras kepala menerima hukuman yang sewajarnya. Sejak Nabi Yunus meninggalkan Niwana mereka gelisah melihatkan perubahan yang berlaku di tempat tinggal masing-masing.

Penduduk melihat Niwawa mengalami kegelapan, binatang peliharaan mereka juga seperti tidak tenteram dan di tambah pula dengan angin yang sangat kuat serta guruh yang mengegarkan. Dengan berlakunya perkara-perkara ini maka tahulah mereka bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus itu adalah ajaran yang benar dan bukan satu ajaran yang direka. Akhirnya mereka menyesal dan keluar beramai-ramai dari kota pergi ke bukit lalu meminta ampun dan rahmat Allah s.w.t agar dijauhkan daripada sebarang malapetaka.

Allah s.w.t Maha Mengetahui akan hambaNya yang menyesal dan mohon ampun dariNya, maka Allah s.w.t pun menerima permintaan mereka, lalu Niwana yang gelap bertukar menjadi cerah, binatang ternakan tidak lagi dalam ketakutan dan mereka kembali tenang. Akhirnya mereka semua kembali dengan bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menyelamatkan mereka dari bahaya malapetaka. Nabi Yunus telah meninggalkan Niwana membawa diri tanpa tujuan.

Baginda naik bukit turun bulit, naik gunung turun gunung dan akhirnya ia sampai di pantai. Kebetulan pada masa itu dia melihat sebuah kapal hendak belayar, maka dia pun menghampiri pemilik kapal itu untuk turut serta belayar bersamanya. Setelah diberi keizinan maka Nabi Yunus menumpang kapal tersebut. Dalam pelayaran itu, kapal yang ditumpangi Nabi Yunus telah dilanda ribut taufan yang kuat. 
\

Oleh itu kapten kapal telah memutuskan supaya barang yang dibawa hendaklah dikurangkan. Ini termasuk penghuni kapal kapal tersebut. Satu pengundian telah dibuat dan dalam undian tersebut Nabi Yunus dipilih sebagai orang yang harus dibuang ke laut. Oleh sebab Nabi Yunus adalah orang yang sangat dihormati dan disanjung, maka mereka mengadakan pemilihan sekali lagi dan kali kedua Nabi Yunus tetap terpilih.

Maka mereka mengundi sekali lagi dan akhirnya Nabi Yunus tahu bahawa ia adalah kehendak Allah. Nabi Yunus memikirkan kesalahannya kerana meninggalkan Niwana tanpa mendapat persetujuan Allah. Ia berfikir keputusan undi itu adalah disebabkan untuk menebus dosa yang telah dilakukannya. Nabi Yunus beristikharah, tanpa ragu-ragu Nabi Yunus terjun ke dalam laut yang sedang bergelombang ganas.

Ketika Nabi Yunus sedang berlawan dengan gelombang, maka Allah s.w.t mengarahkan seekor ikan nun (yu) supaya menelan Nabi Yunus hidup- hidup, maka ikan nun yang muncul itu pun menelan Nabi Yunus dan menyimpannya dalam perut tanpa ada cacat-celanya. Ketika Nani Yunus berada dalam perut ikan nun dia berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa yang telah dilakukan. Lalu Nabi Yunus membaca doa: "Tidak ada Tuhan yang benar di sembah hanya Engkau ya Allah, mahasuci Engkau aku adalah orang yang membuat zalim atas diriku."

Maka Allah perkenankan permintaannya dan Allah lepaskan dia daripada kedukaan. Demikianlah Allah selamatkan orang yang beriman. Rasulullah bersabda maksudnya:

"Nama tuhan yang mulia, siapa yang berdoa dengan nama itu akan diperkenankan doanya. Siapa yang meminta dengan nama itu, akan diberi apa yang diucapkan oleh Nabi Yunus dalam perut ikan nun." Firman Allah bermaksud "Jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan tasbih, nescaya tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan sampai hari kiamat."

Setelah beberapa lama Nabi Yunus berada dalam perut ikan nun, maka Allah pun melemparkan Nabi Yunus ke darat. Di tempat Nabi Yunus dilemparkan Allah menghidupkan pokok labu yang dapat Nabi Yunus bernaung di bawahnya dan dapat pula ia makan buat tersebut dan kembali segar. Ketika Nabi Yunus dilemparkan ke darat keadaannya amat letih.

Setelah Nabi Yunus berasa segar kembali maka Allah telah memerintahkannya supaya kembali ke Niwana. Nabi Yunus terkejut kerana penduduk sedang menanti
kepulangannya. Penduduk tersebut meminta Nabi Yunus mengajar untuk menyempurnakan akidah dan imam mereka. Nabi Yunus berasa hairan kerana penduduk Niwana dahulunya terdiri daripada orang yang ingkar dengan perintah Allah tetapi kini hidup dan mati mereka semata-mata kerana Allah.

click to create your own

kita kan Geng