Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum..


Lilin Seorang Guru





 16 Mei datang lagi...

" Jadilah  seorang guru yang jadirnya d TUNGGU....

Hilangnya di RINDU...

Ilmunya di BURU....

Nasihatnya di SERU...

Tingkahlakunya di TIRU...

SELAMAT HARI GURU..

kedudukan orang yang berilmu ini ditinggikan oleh Allah SWT dengan beberapa darjat berbanding dengan golongan lain. Kedudukan orang berilmu ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud “Dan (Allah SWT meninggikan) orang yang diberikan ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan – (Surah al-Mujadalah, ayat 28).

* Guru Generasi Penyambung Tugas Nabi...*

Wednesday, May 11, 2011

Aku Budak Autisme

Judul Asal : Dear Family and Friends
Penulis : Viki Satkiewicz Gayhardt

.. Assalamualaikum.. Entry kali ini agak panjang.. Diharapkan anda sebagai pembaca entry ini akan membaca sehingga tamat dan memahami isi kandungan entry ini dengan hati terbuka.. serta dapat memberikan info...



Seperti yang kamu  ketahui, aku adalah pemilik suatu kelainan yang disebut autisme atau biasa orang menyebutnya PDD (Pervasive Developmental Disorder). Autisme ataupun PDD ini adalah suatu kelainan perkembangan otak yang membuatku sukar untuk difahami oleh lingkungan persekitaranku. Aku punyai kerterbatasan dalam otakku yang tidak dapat anda lihat tapi membuatku sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekitarku.

Kadangkala aku kelihatan kasar dan tidak sopan. Semua ini kerana aku berusaha keras untuk dapat difahami oleh orang disekitarku. Pada saat yang sama aku berusaha untuk membuat diriku difahami orang. Pemilik autisme mempunyai kemampuan yang berbeza-beza; ada yang tidak mahu bercakap, ada juga yang dapat membuat puisi indah, atau sangat mahir dalam matemati, (Albert Einstein juga penyandang autimse), atau sukar berkawan. Kami pemilik autisme semuanya berbeza dan memerlukan bantuan orang lain.

Kadangkala saat aku disentuh, secara tiba-tiba aku merasa sangat sakit dan membuatku ingin menjauhi orang itu. Aku juga mudah kecewa. Ketika berada bersama orang ramai, aku merasa seperti sedang berada disebelah kereta api yang bergerak dan cuba untuk memikirkan bagaimana dan bila harus melompat. Aku selalu merasa amat takut dan bingung sama seperti ketika kamu berada di suatu planet yang terdapat makhluk asing dan kamu tidak memahami bagaimana mereka berkomunikasi.

Oleh kerana itulah aku selalu memerlukan keadaan yang konsisten dan tidak berubah-ubah... Aku akan merasa tenang sekiranya aku berjaya mempelajari bagaimana sesuatu perkara itu terjadi. Akan tetapi aku harus berusaha keras dan mula mempelajari keadaan itu berulang-ulang sekiranya sesuatu keadaan itu berubah-ubah!! Jika kamu berbicara padaku, aku seringkali tidak dapat memahami apa yang kamu katakan.... kerana terlalu banyak gangguan disekitarku. Aku harus memberi tumpuan lebih untuk memahami sesuatu perkara...


Jika aku tidak dapt duduk diam di meja makan, janganlah menganggap aku nakal atau tidak mendapat didikan dari ibu bapaku. Untuk dapat duduk diam  selama 5minit sajapun merupakan sesuatu yang mustahil bagiku. Aku merasa terganggu dengan dengan adanya bau, suara, dan orang disekitarku sehingga membuatku terus bergerak. Mohon jangan menuggu aku untuk makan bersama...teruskanlah makan dan ibu bapaku akan membantuku...
Gambar Hiasan

Makan adalah suatu perkara yang berat bagiku.. Jika kamu memahami bahawa autisme juga adalah gangguan proses motor dan sensori, maka aku  akan mudah difahami mengapa makan itu sangt sukar bagiku. Pada mekanikalnya aku sangat sukar untuk mengunyah dan menelan... kesulaitan ini dialami oleh semua pemilik autisme. Aku bukannya memilih makanan tapi aku tidak dapat makan makanan tertentu yang dapat mempengaruhi sistem sensori ku yang terganggu.



Jangan pula kamu merasa kecewa dan tidak selesa jika aku hanya memakai pakaian yang lusuh...kerana  ibu ku tahu jika aku memakai baju baru,,, maka aku akan menjadi sangat gelisah. Pakaianku haruslah selesa padaku untuk dipakai... jika tidak aku akan  mencampakkannya. Sebagai contoh, Temple Garden adalah wanita pintar pemilik autisme yang menceritakan bagaiman keadaan dirinya ketika memakai baju baru semasa masih kecil,,, menurutnya kulitnya seakan-akan terasa dipulas... Aku pun merasakan perkara yang sama setipa kali memakai baju baru.

Gambar Hiasan
Jika pergi ke sesuatu tempat pula,, aku akan kelihatan seperti seorang outoriti(suka mengarah orang). Hal ini terjadi kerana dengan cara begitu aku akan cuba menyesuaikan diri dunia persekitaran yang bagiku amat sukar difahami... Aku perlu memahami semua keadaan terlebih dahulu, jika tidak aku akan kecewa dan bingung. Apa yang perlu anda lakukan adalah bersabar dengan sikapku dan memahami bagaimana sukarnya aku mengadaptasi keadaan dipersekitaranku. Mama dan papa juga tidak dapat mengawal perasaanku ini.

Pemilik autisme sepertiku ini, selalu melakukan sesuatu untuk membantu mereka agar dapat merasa lebih selesa. Orang  menyebutnya "self regulation". Aku akan bergerak berulang-ulang, ke sana ke sini, mengomel, meletak jari jemariku ke muka, mengibas-ngibaskan tangan atau menggerakkan benda yang berbeza-beza.. Aku bukan cuba untuk mengganggu atau bersikap aneh tapi aku melakukannya agar otak ku dapat beradaptasi dengan dunia luar.
Gambar Hiasan

Kadangkala aku tidak dapat berhenti bercakap, menyanyi ataupun melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti. Aku melakukan ini kerana aku merasa telah bertemu dengan sesuatu yang membuatku sibukdan merasa nyaman... Aku tidak mahu keluar dari keadaan ini untuk bergabung kembali dengan duniamu yang sangat sukar ku fahami.  Kebiasaan ini telah membuatkan ku merasa lebih baik. Izinkanlah aku melakukan kebiasaan ini dan memohon agar menghormati kedua ibu bapaku jika mereka mengizinkan aku melakukannya.
Gambar Hiasan

Ibu bapaku akan lebih banyak mengawasi ku daripada orang lain-- Hal ini adalah semata-mata demi kebaikanku dan memudahkanku menyesuaikan diri dengan orang lain... Adalah sesuatu yang  menyakitkan bagi ibu bapaku jika mereka dikatakan terlalu melindungi aku dan mengabaikan adik beradikku yang lain. Mereka adalah manusia biasa yang diberikan tugas mulia.. Ibu bapaku adalah orang yang baik dan mereka memerlukan sokongan daripada kalian semua.
Gambar Hiasan


Menjelang hari raya,,, hari  yang penuh dengan keceriaan, suara-suara dan bau-bauan.. Suasana rumah menjadi sibuk dengan orang yang ramai berziarah... Aku memohon difahami,, kerana mungkin suasana ini akan menyukarkan aku menyesuaikan diri.... Jika aku gagal dan bersikap aneh dengan kehendakmu,,,, fahamilah bahawa sistem fikiran otakku tidak dapat mengikuti norma dan aturan orang normal seperti kalian.....

Gambar Hiasan
Mungkin kamu merasa pelik dan ganjil... tetapi sebenarnya tidaklah sedemikian. Aku mendengar semuanya tanpa dapat ku fahami perkara yang memerlukan jawapan. Hari Raya pula adalah hari yang paling berat bagiku....kerana terlalu begitu ramai orang, tempat dan benda-benda yang sangat berbeza dengan keadaanku. Hari Raya mungkin suatu yang menyenangkan bagi kebanyakan orang... tapi bagiku ia adalah tugas yang amat berat dan membuat ku sangat tertekan. Aku juga seringkali  cuba menjauhkan diri dari keramaian itu untuk menenangkan diriku. Aku akan sangat tenang jika  diberikan tempat khusus dimana aku dapat menyendiri.
Menyendiri.... Gmabar Hiasan..


Pada setiap kali mejelang hari raya juga,, aku akan mencari suatu tempat di mana aku dan kamu akan dapat bersama-sama merasa tenang,, asalkan kamu bersedia melihat dunia ini melalui mataku...

click to create your own

kita kan Geng