Wednesday, November 10, 2010

.. Apabila Mata Berbicara...


  • Mata adalah satu deria yang sangat berharga kepada manusia. 
  • Jika mata tidak lagi berfungsi, segala keindahan alam tidak lagi dapat dinikmati. 
  • Untuk mengetahui, memahami dan menafsir dunia luar merupakan fungsi otak, pengalaman serta mata kita. 
  • Jadi kecacatan dalam penglihatan ini boleh menghalang pemahaman seseorang individu terhadap dunia seperti sedia kala.
  • Definisinya jika dilihat dari segi undang-undang, ia melibatkan penilaian ketajaman penglihatan dan medan penglihatan iaitu seseorang yang buta di sisi undang-undang mempunyai ketajaman penglihatan 20/20 atau kurang dengan mata yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan pembetulan. 
  • Melalui sistem klasifikasi undang-undang ini juga, orang yang kabur penglihatannya mempunyai ketajaman penglihatan di antara 20/70 dengan 20/200 dengan mata yang lebih baik penglihatannya.
  • Bagi pendidikan, individu yang buta ini terpaksa belajar membaca dengan menggunakan sistem tulisan braille ataupun menggunakan kaedah mendengar iaitu pita audio dan rakaman. 
  • Bagi individu yang tergolong dalam penglihatan rendah pula ialah mereka yang tidak sempurna penglihatannya serta dapat membaca tulisan cetak walaupun mereka memerlukan alat-alat pembesar atau buku yang memakai huruf cetak yang besar. 
 JENIS-JENIS PENYAKIT MATA


MIOPIA
  • Miopia, atau rabun jauh, adalah apabila mata tidak dapat menumpu dengan baik yang menyebabkan objek jauh kelihatan kabur.
  • Ia adalah satu masalah normal bagi mata di mana cahaya terkolimat menghasilkan titik tumpuan imej di hadapan retina
  • Mereka yang ada miopia lazimnya boleh melihat objek yang dekat dengan jelas tetapi objek jauh kelihatan kabur
Penglihatan normal.


Pandangan sama oleh mereka yang mempunyai rabun jauh.

 Sebab

  • Seseorang yang mengalami rabun jauh boleh melihat objek dekat dengan jelas berbanding objek jauh yang kabur. 
  •  mereka yang rabun jauh cenderung untuk mengecilkan mata untuk melihat objek jauh. 
  • Penglihatan kabur ini disebabkan imej ditumpukan di hadapan retina, bukannya tepat di retina.
  • Rabun jauh berlaku apabila mata lebih besar dan panjang daripada mata mereka yang normal. 
  • Rabun jauh adalah proses semula jadi yang terbentuk dengan pantas terutamanya ke atas kanak-kanak sekolah atau remaja, dan terus berlaku semasa proses membesar. 
  • Ini menyebabkan mereka perlu memakai kaca mata atau kanta sentuh. Proses ini akan berhenti apabila umur meningkat dalam usia 20-an.
  • Rabun jauh berlaku kepada lelaki dan wanita. 
  • Mereka yang mempunyai keturunan rabun jauh lebih berkemungkinan menghadapinya. 
  • Kebanyakan mata dengan rabun jauh adalah normal tetapi sebilangan daripada mereka yang rabun mungkin mengalami komplikasi kelekangan lapisan retina.
  • Ini berlaku apabila retina lekang daripada lapisan koroid, menyebabkan gangguan fungsi retina dan menyebabkan buta jika tidak dirawat. Kelekangan retina boleh berlaku kepada seseorang yang rabun jauh.
  • Pesakit mungkin akan mengalami kehilangan penglihatan di medan penglihatan sebelah bawah.
Antara simptom-simptom rabun jauh adalah:
  • penglihatan kabur atau terpaksa mengecilkan mata untuk melihat objek jauh
  • keletihan pada mata
  • sakit kepala (jarang)

Rawatan

  • Rabun jauh boleh diatasi dengan memakai cermin mata atau kanta sentuh yang memindahkan titik tumpu ke retina
  • Terdapat juga beberapa pembedahan yang dapat membentuk kornea yang memindahkan titik tumpu dari hadapan retina ke retina.
  • Keratomi radial merupakan pembedahan yang popular pada masa dahulu. 
  • Sekarang, ia digantikan dengan LASIK, iaitu penggunaan laser untuk membentuk semula kornea.
Rabun jauh disebabkan titik fokus imej terbentuk di hadapan kornea boleh diatasi dengan menggunakan cermin mata.



HYPEROPIA

  • Rabun dekat atau hiperopia adalah kesukaran melihat objek dekat.
  • Ia adalah satu masalah normal bagi mata di mana titik tumpuan imej terbentuk di belakang retina.
  • Masalah bertentangan dengan rabun dekat adalah rabun jauh.
  • Mata lebih kecil daripada berbanding normal, yang menghalang sinar cahaya menumpu ke atas retina.

Sebab

  • Rabun dekat disebabkan imej ditumpukan di belakang retina bukan di atasnya. 
  • Ia boleh jadi disebabkan bebola mata yang terlalu kecil atau kuasa menumpu terlalu lemah.
  • Rabun dekat selalunya ada sejak lahir, tetapi kanak-kanak mempunyai lensa mata yang sangat fleksible yang dapat mengatasi masalah tersebut.
  • Semakin meningkat usia, cermin mata atau kanta sentuh mungkin perlu untuk membetulkan penglihatan. 
  • Mereka yang mempunyai anggota keluarga yang ada rabun dekat, lebih cenderung menghadapi rabun dekat.
                            Rabun dekat diatasi dengan lensa cembung 

GLAUKOMA

Apakah glaukoma?

  • Ia adalah sejenis penyakit mata yang menyebabkan kerosokan saraf optik mata. Kerosakan yang teruk boleh menyebabkan kebutaan mata. Namun begitu, kalau keadaan ini dikesan awal, ia boleh dirawat dan penglihatan boleh diperiharakan.

Apakah yang menyebabkan glaukoma?

  • Kebanyakan kes glaukoma disebabkan oleh kerana saliran air keluar dari mata tidak lancar dan ini menyebabkan tekanan mata naik. 
  • Tekanan yang tinggi akan menyebabkan kerosakan saraf optik. 
  • Namun begitu punca glaukoma tidak difahami sepenuhnya.. Sesetengah orang ada tekanan tinggi dalam mata tetapi tidak mengalami kerosakan mata. Orang lain mungkin mengalami tekanan mata yang normal tetapi saraf optik mengalami kerosakkan. Faktor yang lain seperti kekurangan pengaliran darah ke dalam saraf optik atau kelemahan saraf optik juga memainkan peranan.


Apakah rawatan untuk glaukoma?

  • Rawatan adalah untuk merendahkan tekanan mata dan menghalang kehilangan penglihatan. Rawatan termasuk ubat titis, rawatan laser dan pembedahan. 
  • Kesemua rawatan ada kebaikan dan keburukannya dan cara rawatan terbaik untuk seseorang ialah hasil keputusan pesakit dan doctor setelah pelbagai opsyen dibincangkan. 
  • Rawatan tidak boleh mengembalikan kerosakan yang telah terjadi ke atas saraf optik, jadi penglihatan yang telah rosak tidak boleh dibaiki.

Ubat

  • Ubat titis adalah biasanya langkah pertama dalam rawatan ini. 
  • Ada pelbagai ubat yang bertindak dengan cara yang berlainan. 
  • Adalah penting untuk menggunakan ubat ini setiap hari seperti dinasihatkan oleh doctor, kerana tekanan akan menaik sekiranya ubat tidak digunakan. 
  • Ada ubat titis kombinasi yang boleh digunakan sekiranya pesakit memerlukan lebih daripada satu ubat. Kesemua ubat titis boleh menyebabkan kepedihan mata. 
  • Kesan sampingan juga termasuk pertukaran perasaan lidah, pertukaran warna iris, bulu mata yang lebih panjang dan lebat, sakit kepala dan kekaburan mata.

Rawatan laser

  • Laser digunakan untuk merawat glaukoma sudut terbuka dan tertutup dengan laser yang berlainan dan teknik berlainan. 
  • Laser boleh digunakan untuk membuka lubang di trabekular meshwork. 
  • Procedur ini biasanya cepat dan tidak sakit. Ianya tidak memerlukan ubat bius seluruh badan dan tidak perlu kemasukan ke dalam wad. Kejayaan prosedur ini berbeza untuk setiap individu dan kadang-kadang ubat tits mata masih diperlukan selepas laser, tetapi dalam dos yang lebih rendah. 

Mata Juling (Strabismus)
 
Apakah maksud mata juling?
Mata juling terjadi apabila kedua belah mata tidak selari/sejajar dan melihat ke arah yang berlainan.Satu mata bergerak dengan normal tetapi mata di sebelahnya bergerak samada ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah.Mata juling boleh juga dikaitkan dengan keturunan.
Sebab-sebab mata juling
  • Dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang diketahui
  • Ia boleh disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada mata yang juling itu atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri.
  • Rabun jauh juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam.
  • Mata juling adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, hydrocephalus dan barah otak.
contoh :
strabi1 Strabi3
Tanda-tanda dan gejala:
  • Tanda utama ialah kedudukan mata yang tidak selari/sejajar.
  • Ia boleh menjadi masalah yang berpanjangan atau wujud sekali-sekala.
  • Bayi normal yang baru lahir biasanya juling disebabkan penglihatan yang belum matang. Masalah ini hilang setelah bayi semakin membesar.
  • Bagaimanapun mata yang benar-benar juling tidak akan berubah dengan perkembangan tumbesaran.
Apakah kesan dari mata juling?
  • Mata yang juling boleh menyebabkan kanak-kanak tidak dapat melihat dengan sempurna. Jika tidak dirawat dengan segera (sebelum kanak-kanak berumur 6 tahun) , ini boleh membawa kepada masalah mata malas (lazy eye/amblyopia).
  • Penglihatan teropong (binocular) atau penglihatan 3 dimensi diperlukan untuk menganggar kedalaman sesuatu objek. Kebolehan ini boleh terjejas jika mata kanak-kanak itu juling.
Apakah rawatan yang ada?
  • Mata juling memerlukan pemeriksaan awal dengan doktor mata.
  • Cermin mata mungkin diperlukan untuk penyakit rabun mata seperti rabun jauh.
  • Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah mata malas (lazy eye/amblyopia), menampal mata yang sihat boleh membantu memulihkan penglihatan di mata yang juling. Bagaimanapun, rawatan ini tidak akan berjaya jika ia lewat dimulakan. Rawatan perlu dimulakan pada umur yang awal.
  • Pembedahah boleh merawat mata juling dengan baik. Ia bagaimanapun tidak boleh menggantikan penggunaan cermin mata atau rawatan untuk mata malas. Sewaktu pembedahan, otot-otot mata akan disusun semula. Selepas pembedahan, kanak-kanak biasanya boleh meneruskan aktiviti biasa selepas beberapa hari.




KATARAK




  • Ini disebabkan oleh usia, kencing manis, cahaya UV (pancaran matahari), kecederaan mata, merokok atau genetik.
  • Katarak disebabkan oleh selaput di bahagian kanta semulajadi mata kita yang menghalang cahaya and imej menembusi mata.
  • Bila usia kita meningkat, kadar mendapat katarak juga meningkat. Namun begitu, ada kanak-kanak dan orang muda yang boleh mendapat katarak juga.
  • Tiada ubatan atau senaman mata yang boleh melarutkan katarak.
Jikalau cermin mata tidak dapat membetulkan penglihatan kita, hanya pembedahan untuk mengeluarkan katarak dan menggantikannya dengan kanta tiruan dapat menolong memperbaiki penglihatan kita.
Adakah apa-apa risiko? Pembedahan Katarak Teknologi Terkini
(Advanced Cataract Surgery) lebih berkesan daripada cara-cara yang lama, serta sangat berkesan dan berisiko rendah.
Pembedahan Katarak Teknologi Terkini biasanya membolehkan kita mengalami:
  • Pembedahan cepat - kurang daripada 30 minit
  • Pembedahan Rawatan seharian - kurang dari 2 jam berada di pusat rawatan pembedahan
  • Penglihatan yang baik dengan pemulihan mata yang cepat
  • Pemulihan yang cepat untuk kembali kepada aktiviti seharian
  • Tiada sakit langsung atau hanya sedikit ketidak keselesaan pada waktu dan selepas pembedahan.
  • Tidak perlu jahitan atau pembalut mata
  • Kekurangan silau mata
  • Pembedahan boleh dilakukan tanpa perlu menunggu selaput menjadi matang. (Pembedahan untuk katarak yang sepenuhnya matang mendedahkan diri kepada lebih risiko.)
  • Pilihan kanta tiruan beraneka jenis seperti: monofocal, aspheric, multifocal.
Dengan Pembedahan Katarak Teknologi Terkini
(Advanced Cataract Surgery) anda boleh menikmati kualiti hidup yang tinggi dengan penglihatan yang lebih baik 
 *... bidang perubatan mata kah yang aku ambil??... heh..*


1 comments:

IshraqHannan said...

hehe.. cam ambik bidang perubatan pulak..


click to create your own

kita kan Geng