Friday, February 25, 2011

Beruk

" Maaf kan saya cikgu... saya terlewat".. kata Abu.. 

" Apa yang menyebabkan awak lewat?". soal Cikgu Markonah..

" Beruk saya,, ...." belum pun sempat Abu menghabiskan kata-katanya Cikgu Markonah menyampuk.... " Saya tak tahu lah apa sebenarnya masalah awak ni.. Saya da bosan mendengar alasan lapuk awak tu Abu,, Esok saya tak nak tengok awak datang lewat lagi faham..?? Tengking Cikgu Markonah...



Keesokan harinya, Abu terlewat lagi ke sekolah.. Berderau hatinya apabila teringat akan tengkingan Cikgu Markonah semalam. Dia malu diperlakukan seperti itu dihadapan rakan sekelasnya.... 

Dia berlari-lari anak menuju ke kelas dengan harapan masih ada kesempatan untuknya meminta kali ini..

ZAAAATT!!!

Tersentap semua yang berada di kelas waktu itu... " Habislah aku kali ini" getus hatinya..

" Maaf kan saya cikgu.. Beruk saya... PANNGG! 

Nasib  tidak menyebelahinya  hari ini.. Sebuah pelempang hinggap tepat kearah telinga Abu.. 

" Kamu semua inilah akibat nya selalu datang lambat... Kamu semua jangan jadi macam dia... Siapkan kerja kamu .. Sebelum balik saya nak semua kerja ni ada kat atas meja saya.. Faham..?!" (diktator punya cikgu...huh!)

Abu menahan malu.. Kesakitan yang masih tersisa menyebabkan dia tidak dapt hadir ke sekolah pada keesokan harinya.

oleh kerana itu, rasa bersalah mula bersarang di dalam hati Cikgu Markonah. Pagi itu juga dia meminta izin daripada guru besar untuk melawat Abu. 

Puas Cikgu Markonah keluar masuk kampung... Akhirnya dia sampai di satu pedalaman.. 

Cikgu Markonah memberi salam.. Salam itu disahut oleh seorang tua...

" Ni Cikgu Markonah ke? Abu tak de... Dia ada dengan beruknya.. Kutip kelapa.. Nak tolong saya katanya..  Cari duit,, beli ubat untuk saya..Saya dah larang .. Tapi dia degil.. Tapi itulah, mak cik ni sakit,, ayahnya dah lama meninggal dunia.."

 Seketika kemudian....

" Assalamualaikum... Mak,,, Abu dah balik.."

Disisinya ada seekor beruk..  Cikgu Markonah terkedu... 


" Cikgu,, saya mintak maaf sebab tak dapat datang.. Telinga saya sakit.. Saya kena tolong mak saya cari duit.. saya harap cikgu faham.."


Perlahan-lahan Cikgu Markonah bangun untuk mengusap pipi yang menjadi habuan kemarahan nya semalam.. 


Tanpa diduga,, BERUK kesayangan Abu mencakar tangan Cikgu Markonah.. Berlaku pergelutan... walaupun Abu telah berusaha meleraikan nya namun sia-sia belaka...


Abu bergegas ke dapur.. Dia ternampak sebilah pisau.. Abu mengambilnya lalu menikam BERUK kesayangannya itu.. 






....................................................................................................


Wednesday, February 16, 2011

Buta Mata

Assalamualaikum.. w.b.t


Adakah kita sengaja membutakan mata yang celik?
Apa rasa nya menjadi orang yang buta?
Apakah yang akan dirindui sekiranya saya menjadi buta??
ohh TUHAN,, sungguh tidak sanggup untuk itu ... seandainya aku menjadi buta,, aku akan sentiasa merindui wajah ayah dan bonda, adik beradik, kawan-kawan... dan aku pasti akan merindui keindaha alam ciptaanMU..

Buta...
Hindarkan diriku dari buta dijalanMU Ya ALLAH... Pimpinlah kami ke jalan yang benar.. jalan yang KAU redhai..
Seandainya aku diberi pilihan untuk memilih antara BUTA dan PEKAK... aku rela mejadi BUTA.. tetapi BUKAN BUTA di jalanMU..

Pekak...

Tidak sanggup ku menjadi PEKAK.. Cukup seandainya BUTA itu menjadi diri ini... kerana aku tidak sanggup untuk hidup di alam tanpa suara.. dunia yang sepi...sunyi.. 
Dikala itu,, aku tidak lagi akan mendengar suara merdu muazin melaungkan AZAN... suara lunak hafiz dan hafizah mendendangkan ayat-ayat SUCI AL-QURAN...
Pada waktu itu juga, tiada lagi suara gurau tawa AYAH BONDA dan KELUARGA tercinta.. ohh aku amat merindui mereka... 

Namun,
Aku bersyukur dilahirkan menjadi seorang insan yang normal.. tiada cacat cela dari segi fizikal dan mental.. Cuma amal ibadat ku sahaja yang masih lompong... Masih lagi terleka dengan hiburan dunia.. ALLAH...



Thursday, February 10, 2011

Pengorbanan

Di suatu sudut  kelihatan seorang bapa menunggu LRT. Dibawa bersamanya 3 orang anaknya yang kelihatan ceria dan tidak reti duduk diam. Tingkah laku mereka persis seorang budak hiperaktif. 

Pantang melihat orang lain duduk diam pasti akan diganggu. Along, Angah dan Achik kelihatan teruja sekali. Seolah-olah hendak memberitahu bahawa mereka bertiga sahaja sedang dalam kegembiraan.



Si Bapa pula kelihatan tenang. Hanya mendiamkan diri sedari keluar dari rumah tadi. Didalam LRT, Si Bapa melelapkan matanya. Tidak mempedulikan langsung akan karenah anak-anaknya yang mengganggu penumpang yang lain.

...................................................................................................

Seorang pemuda menghampiri Si Bapa. Lalu berkata....

" Assalamualaikum , Pak Cik.."

" Waalaikumussalam..."

" Pak Cik, maaf kan saya kalau menggangu. Tapi anak-anak Pak Cik ni menggangu penumpang lain. Orang baca surat khabar dia pun nak baca jugak".

" Pak Cik mintak maaf. Sebenarnya sudah 3 hari anak-anak saya tak makan. Tak ada selera makan. Ini semua disebabkan isteri saya sakit. Terlantar di hospital ..... Semalam Pak Cik dapat panggilan telefon dari doktor yang kami sudah dibenarkan melawat... Malam tu jgak la anak-anak saya makan banyak. Berselera sangat2 Pak cik tengok... tapi...."

" ooo.. yeke pak cik? tapi ape yer pak cik...?


" ...pagi tadi Pak Cik dapat panggilan. Doktor cakap isteri Pak cik meninggal. Pak cik tak tahu macam mana nak bagitahu anak pak cik yang mereka akan melawat mayat emak mereka...sebab tu la pak cik lelapkan mata... pak cik tak menangis dihadapan mereka..."


....................................................................................................




Wednesday, February 9, 2011

Aku dan P.B.S

Assalamualaikum... w.b.t..


PBS

Apa itu PBS? 

PBS ysng dimaksudkan disini adalah berkaitan dengan Pengalaman Bercuti Sekolah. Setelah sekian lama melucutkan jawatan sebagai murid sekolah, aku masih berpeluang menikmati kemeriahan bercuti sekolah.

Baru-baru ni Perayaan Tahun Baru Cina telah disambut oleh penganut agama Buddha. Oleh itu aku diberikan cuti selama seminggu bagi memberi laluan kepada penganut agama tersebut untuk merayakan perayaan tersebut.

Apa yang aku nak kongsikan disini adalah apa yang aku dapat semasa cuti perayaan tersebut.

Ang Pao

Ape yang aku dapat? ..aku dapat ang pao.. Sampul merah yang didalamnya mempunyai kertas bernot RM 10.

Siapa yang bagi?  .. amoi yang aku tak kenali..

Mengapakah?? ... sebab aku menolongnya ... waktu tu dia mengejar masa untuk pulang ke kampung.

Dimana?? .. di sebuah bank ... AGRO BANK PONTIAN...





 Huhu.... 


Nak dipendekkan cerita,,, aku menerima nya dengan hati terbuka... 


Dia melemparkan senyuman,,, aku membalas dengan senyuman kelat... ape tak ny ,, semua mata tertumpu kat aku waktu tu...


moral : buat baik di balas baik.


click to create your own

kita kan Geng