Sunday, October 31, 2010

Mencari Sesuatu


Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata


Ku harap ku masih percaya

Kita bersama masih muda masih mentah
*......... apa sebenarnya yang dicari dalam hidup ini?? ku harapakan kedamaian mengetuk pintu hati ini...... InsyaALLAH.....*

Saturday, October 30, 2010

Muslimah Solehah itu Bidadari

Sekadar gambar hiasan....


 muslimah solehah itu bidadari
tersimpan kemas dalam syurga Ilahi
tidak tersentuh oleh manusia rakus mahupun jin
bersih, suci menjaga diri

muslimah solehah itu bidadari
dirinya mahal tidak mampu dibeli
hanya keimanan dan ketaqwaan maharnya nanti
maka siapa yang menolak ketinggian ini?

lembut wajahnya nur ibadah
sopan langkahnya memancar hasanah
malunya perisai mengangkat darjah
Sekadar Hiasan...
fikrahnya jelas, prinsip Ilahi tidak tergugah 

muslimah solehah itu bidadari
bidadari syurga yang wujud di dunia ini
yang akan melahirkan anak-anak akhirat
mentarbiyah mereka dengan didikan syurgawi

muslimah solehah itu bidadari
bukan untuk dicari-cari atau dipuja lelaki
tetapi nanti akan berhadapan dengan Ilahi
Sekadar Hiasan...

dan apakah yang kamu wahai perempuan sudah laksanakan dalam kehidupan yang Kuberi?

*..... beruntungnya tiap-tiap lelaki yang berjaya memiliki taman ini...*

Sekeping Kertas bernama duit....

Ini duit.. haha!
... ada duit jangan membazir... dapat elaun ,, gunakan betul elaun.. ingat duit dalam duit elaun tu ada duit orang susah... ada orang sampai bergaduh-gaduh nak dapatkan duit tu untuk bayar duit cukai .. cukai tu la ,, ni la.. dan macam-macam lagi  semata-mata untuk bayar elaun kita..

kalau ada yang memerlukan bantuan .. bantulah sekadar yang ada.. memang perlu pun... bagaimana kalau tertipu ?? kalau kena pukau?? dan kalau... dan kalau.... x pe... sekurang-kurang kita dah tunaikan tanggungjawab kita kan?? ... mungkin dalam duit tu ada hak yang kita ambil secara kita tak sedar...

... kata sorang kawan .." biarlah duit tu melayang... asalkan diri kau selamat..." haha... betul.. betul.. betul...
..sambungnya lagi.,,, duit boleh dicari.... kalau nyawa kau pergi..??? ... terkedu seketika... tipu atau tidak terpulanglah kan???? ... berprasangka baik itu lebih baik... yeah!!

*..... aku ikhlaskan duit tu kawan,,, namun pedih masih terasa....*

Friday, October 29, 2010

Direktori Persatuan Orang Buta Malaysia

sumber : 
http://www.mab.org.my/reference/references.html

References > Other Malaysian Blind Associations

Other Malaysian Blind Associations

This page is devoted to provide information or links to websites of other associations for the blind in Malaysia. If your organization is not listed here and you would like to be added to our references page, please kindly contact Malaysian Association for the Blind.


Company Information & Website
The National Council For The Blind, Malaysia
94-B Jalan Tun Sambanthan
Brickfields
50470 Kuala Lumpur
Tel.: 03-22735508 / 22724959
Fax : 03-22724960
E-Mail: ncftb@po.jaring.my                
Website: www.ncbm.org.my
Society of the Blind in Malaysia (SBM)
40A, Jalan Padang Belia
50470 Kuala Lumpur
Tel. no.: 603 2274-6162
Fax no.: 603 2274-3818
Email: admin@sbm.org.my
St. Nicholas Home (SNH)
4, Jalan Bagan Jermal
10990 Penang
Tel. no.: 04-226-5911
Fax no.: 04-229-0800
Email: ed@snh.org.my              
Website: 

Sabah Society for the Blind
Lot 7, 3rd Floor
Kampong Air
Jalan Sentosa
88000 Kota Kinabalu
Sabah
Tel. no.: 088-218-130 / 218-717
Fax no.: 088-260-753
Email: ssftb@tm.net.my                    
Website: sabahsocietyfortheblind.com

Sarawak Society for the Blind
Sibu Division Branch
Bukit Lima Road
96000 Sibu
Sarawak
Tel. no.: 084-311-911
Fax no.: 084-316-200
Email: ssbsibu@tm.net.my
Sarawak Society For The Blind
Kuching Division Branch (HQ)
Jalan Ong Tiang Swee
92350 Kuching
Sarawak
Tel no.: 084-424046
Email: ssbkb@po.jaring.my
Sarawak Society for the Blind
Miri Division Branch
1059 Bintang Commercial Centre
98000 Miri
Sarawak
Tel: 085-422233

Wednesday, October 27, 2010

....Sebelum Terlena...


          
Lena....
 Sebelum mata terlena,,,,,,,,,,,
Dibuaian malam gelita..tafakur ku dipembaringan,
Mengenangkan nasib diri,
Yang kerdil, lemah dan bersalut dosa..
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti,
Membawa dosa yang menggunung tinggi..
Terkapai ku mencari limpahan HIDAYAHMU,
Agar terlerai kesangsian hati ini, Sekadar air mata ....
Tak mampu membasuhi dosa ini.......
 Sebelum mata terlena,
Dengarlah rintihan hati ini...
TUHAN....Beratnya dosaku,
Tak daya ku pikul sendiri,
Hanyalah rahmat dan kasih sayangMu, Yang dapat meringankan,
Hulurkan maghfirahMU...
Andainya.....,
Esok bukan milikku lagi,
Dan mata ku pun tak pasti akan terbuka lagi......
Sebelum berangkat pergi ke daerah sana ,
Lepaskan beban ini yang mencengkam jiwa dan ragaku.....,
Selimuti diriku, Dengan sutra kasih sayang Mu....,
Agar lena nanti ku mimpikan syurga yang indah, abadi...
Pabila ku terjaga dapat lagi kurasai ,
Betapa harumnya wangian syurga FIRDAUSI,                       
OH ILAHI......Di 1/3 malam sujudku menghambakan diri.....
                  Akanku teruskan pengabdianku padaMU.......   

Iwak Lele


 Ikan Keli Goreng Berlada...

Hurmm... Lame x turun cafe...  

nyummmy... Iwak lele goreng berlada

Bahan-bahan

1. 1 kilo ikan keli
2. 10 sudu makan cili kisar
3. 8 biji bawang kecil
4. 6 biji bawang putih
5. 1/2 biji bawang besar
6. 3 biji limau kasturi - ambil jus
7. garam secukupnya
8. 1 batang serai * )
9. 1 inci halia * )
10.2 biji bawang putih*)- semuanya di tumbuk/kisar untuk perap ikan keli.
11.kunyit hidup secukupnya*)
12.garam*)
Cara-caranya
  • Bersihkan ikan keli. Rendam dengan air asam/jus limau dalam 5-10 minit.
  • Bilas semula dan perap dengan benda bertanda *.
  • Biarkan selama 10-20 minit.
  • Panaskan minyak dan goreng bawang kecil, bawang putih dan bawang besar.
  • Toskan dan tumbuk kasar..jangan lumat tau..nanti kurang kick
  • Goreng ikan keli dengan minyak yang banyak sehingga garing dan toskan.
  • Gunakan minyak goreng ikan tadi dan tumislah cili kisar dengan api perlahan sehingga cili tadi masak.
  • Masukkan garam dan bawang goreng yang telah di tumbuk tadi.
  • Biarkan sehingga agak kering dan masukkan jus limau kasturi..terus kacau dan padamkan api.
  • Tuang di atas ikan keli tadi.
 .. dah dapat resepi tapi siapa nak masak ..??? haha.... .

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal


Haram
· Kepala berbentuk ‘V’
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal
· Kepala berbentuk ‘U’
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup


Monday, October 25, 2010

...Muhasabah...

...omongan guruku...


Teringat pula akan kata-kata cikgu ku sewaktu di sekolah menengah.... lebih kurang beginilah bunyinya....

sesungguhnya.....

....MOTIVASI itu memBASIkan.....
.....NASIHAT itu meNYESATkan....

....KEMATIAN itu mengINSAFkan.....

yang hidup pasti akan mati


....bila direnungkan kembali betul juga.... bila kita kehilangan sesuatu baru nak mengharginya....

Sunday, October 24, 2010

... MAAF... njalok keluputan ne seng akeh2...

Susahkan nak maafkan orang? Ya. Saya akui susah. Bukan mudah hendak memaafkan orang yang telah melukakan kita. Yang mungkin memfitnah kita. Yang mungkin menyebar cerita-cerita palsu fasal kita. Yang suka membuat spekulasi dan cerita itu dan ini berkenaan kita. Yang tikam kita dari belakang. Yang khianat kita. Yang tak habis-habis cari fasal dengan kita. Yang itu, yang ini, yang begitu dan yang begini.
Memang susah hendak memaafkan. Saya tidak bohong.

Lebih-lebih lagi apabila kita sudah cuba berlapang dada, berhenti dari meneruskan sengketa, bahkan menghulurkan tangan meminta kemaafan kalau-kalau ini semua dimulakan oleh diri kita, tetapi kita tidak dilayan bahkan semakin menjadi-jadi pula kebencian mereka terhadap kita.
Memang susah. Saya tidak pernah kata senang.


Jangan jual jiwa kamu.

Apakah untungnya kita melenting dengan orang yang melakukan macam-macam pada kita?
Ya, saya faham jiwa kita sakit. Hati kita cedera. Kita terasa. Lagilah kalau orang-orang itu kita sayang sebenarnya. Kita anggap macam keluarga kita. Keluarga mereka pun kita rapati dengan baik, adik beradik mereka pun kita layan dengan baik, bahkan kita pernah memberikan hadiah kepada mereka, dan bertanya pula apa salah kita yang membuatkan mereka tidak suka kepada kita.

Dengan sikap mereka yang masih membenci kita, bahkan cerita 1001 macam berkenaan kita, spekulasi macam-macam, menimbulkan persoalan-persoalan yang membawa fitnah kepada kita, memang kita akan terluka dan sangat-sangat terluka. Ya. Saya faham.

Tetapi perasankah, apabila kita mula ‘membenci’ mereka, rasa ’sakit hati’ dengan sikap mereka, rasa hendak ‘membalas’ apa yang mereka lakukan, tidakkah anda melihat ‘kehitaman’ yang mula ‘menjamah’ jiwa anda?
 
Tidakkah anda melihat bagaimana syaitan mula ‘memeluk’ jiwa anda?
   
Tidakkah anda sedar iblis yang sedang ‘mentertawa’kan anda?

Apa bezanya anda, dengan mereka yang melakukan pelbagai perkara kepada anda itu?
Bukankah di dalam jiwa anda juga ada kebencian yang menjijikkan itu?
Bukankah di dalam akal anda, tiada rasional yang menyenangkan itu?
Jangan jual jiwa kita wahai saudara-saudarai yang saya cintai.
Jangan jual jiwa kita.

Biar Allah laknat mereka, biar Allah balas mereka!

Ada yang tersangat terluka, 
ada yang tersangat sakit hati,
mungkin kerana diri sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kesilapan silam diri, 
mungkin kerana diri sudah berkorban pelbagai perkara agar suasana jernih kembali,.....
.....tetapi terasa seperti tersangatlah bodoh dirinya dengan segala usaha itu apabila orang-orang itu buat dek sahaja.
 
Maka diangkat tangan dan berdoa: “Ya Allah, laknatilah mereka. Lihatlah mereka itu Ya Allah. Hitunglah mereka. Balaslah perbuatan mereka. Porak perandakanlah kehidupan mereka!” Dengan air mata kesakitan yang mengalir-alir.
Turunkan tangan kita itu. Hentikan doa itu. Jangan.
Apakah yang sedang ‘memeluk’ jiwa anda ketika anda mendoakan kecelakaan itu?
Adakah orang-orang itu memijak ISLAM anda? Adakah orang-orang itu menghina TUHAN anda? Tidak. Tidak dan tidak. Mereka hanya tidak menyenangi anda. Mereka hanya mengeji anda. Mereka hanya membuat spekulasi berkenaan anda. Mereka hanya memfitnah anda.
“Tapi aku dah usaha baiki diri aku. Ingat senang? Mereka nak apa? Sempurna macam malaikat?”
Ya. Saya faham susah. Saya faham. Saya faham kesakitan itu.
Tetapi kenapa kesabaran itu perlu dihentikan hari ini? Kenapa perlu melayan perasaan ‘terasa bodoh’ itu? Syaitan sedang membolak balikkan anda sebagaimana anak kecil membolak balikkan bola. Syaitan sedang menambah ranting-ranting kayu pada api kecil yang menanti membakar balak.
Tenang wahai saudara saudariku.
Angkat tanganmu kembali. Sebutlah: “Ya Allah, kekalkan kesabaranku. Lapangkan jiwaku. Dan AMPUNkanlah mereka semua itu, sesungguhnya mereka tidak mengetahui. Mereka tidak mengetahui hal yang sebenar. Mereka tidak mengetahui motifku yang sebenar. Mereka tidak mengenaliku secara benar. Maka AMPUNkanlah mereka, dan AMPUNkanlah diriku yang mungkin menyebabkan semua ini berlaku. LAPANGkanlah jiwa mereka untuk menerimaku, dan teruslah LAPANGkan jiwaku untuk menerima mereka.”
Seka air mata tadi.


Macamlah mereka pun tak ada salah. Salah mereka lagi besar!

BENGANG! BENGANG!!!!! Kita bengang SANGAT2!!!!.  Usaha kita untuk berbaik tidak diterima. Alasannya adalah dosa-dosa silam yang entah dari kurun ke berapa. Alasannya adalah alasan rapuh yang sebenarnya dengan beberapa penjelasan semuanya boleh diselesaikan. Salah silap kita diungkit-ungkit. Kecil dikorek-korek, yang besar lagi digolek-golek. Seakan kita memang tidak berhak untuk berbaik-baik dengan ‘golongan mereka’.

SAYA BENGANG!!!!!

 
Kita bengang. Kita nak ungkit kesalahan mereka. Ya. Mereka ingat kita tidak tahu semua keaiban mereka?
“Diorang ungkit dosa-dosa aku, aku pun nak ungkit dosa-dosa mereka!”
Oh. Jangan-jangan. Berhenti sebentar. Lihatlah cermin. Lihatlah wajah anda semasa melaungkan ayat itu. Anda sukakah? Adakah itu anda yang anda suka?
Jangan rendahkan martabat anda.
Kita hamba Allah. Yang hendak mengajak manusia kepada kebaikan. Mengapa kita hendak memalukan mereka? Apakah itu membawa kepada kebaikan? Adakah dengan membalas perbuatan mereka dengan perbuatan yang serupa, ia membawa kepada kesatuan? Adakah selepas itu mereka akan baik dengan kita?
Tenang.

Kita selesaikan urusan kita. Mereka, kita doakan agar mereka dapat juga melaksanakannya.


Mari menjadi ‘ibad Ar-Rahman

‘Ibad Ar-Rahman adalah hamba(yang mengabdikan diri) kepada Ar-Rahman, yakni Allah SWT. Jika kita benar-benar hendak menjadi hambaNya, maka lihatlah salah satu ciri-ciri ‘ibad Ar-Rahman.

“Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;” Surah Al-Furqan ayat 63.

Dan lihatlah kebenaran bicara saya di atas, dengan kalam Allah SWT ini:
“Jadilah kau orang yang pemaaf, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya). Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).” Surah Al-A’raff ayat 199-201.

Jadilah pemaaf. Suruhlah perkara yang baik. Berpalinglah dari orang-orang jahil. Kalau dihasut syaitan, maka mintalah perlindungan daripada Allah. Sesungguhnya sekiranya kita benar bertaqwa, hendakkan keredhaan Allah, maka apabila syaitan berusaha ‘memeluk’ kita, maka kita akan ingat bahawa kita hamba Allah, segera kita menjauh dari syaitan dan mengambil jalan yang benar, yakni memaafkan dan mengajak kepada kebaikan.

Penutup: Peringatan ini, khas buat saya.

Jujurnya, artikel ini saya tulis khas buat saya. Jujurnya, jiwa saya sedang berlubang sekarang. Walaupun mungkin sudah tersembuh sedikit dengan ulah rakan-rakan di Jordan sepanjang hari tadi. Sengaja saya lewatkan artikel hari ini selewat-lewatnya. Memberi masa saya rasional dan berfikir semula.
Ya. Saya sudah kata saya faham apa perasaannya. Memang rasa macam bodoh.
Tetapi jalan ‘orang-orang bodoh’ inilah yang hendak membawa kita masuk ke syurga.
 
Terus istiqomah memberikan kebaikan kepada orang lain. Walaupun orang lain membenci kita. Jangan ungkit usaha kita, perubahan kita, kebaikan kita kepada mereka. Mereka bukannya tidak tahu. Dan kita juga tidak buat semua itu untuk keredhaan mereka.
Kita sebenarnya hanya ingin ketenangan di dalam jiwa. Tidak suka sengketa. Tidak suka benci membenci. Tapi dah orang tak mahu. Kita nak buat macam mana kan?
Maka kita doakan agar Allah memperbaiki hubungan kita dengan manusia.
Kita bukan tidak berusaha. Nanti di hadapan Allah kita berdiri, kita boleh bercakap dengan Allah dalam keadaan tersenyum apabila Allah bertanya mengapa hubungan kita dengan mereka itu tidak baik. Kita menjawab: “Saya sudah berusaha ya Allah.” Dengan yakin dan tidak takut.
Maafkan saya. Artikel ini khas untuk pujuk diri saya....
Semoga anda juga mendapat manfaatnya.

Wednesday, October 20, 2010

..Sedih...

Ada waktu kita sedih. Sedih itu, sedih ini. Sedih dengan pelbagai perkara.
Kematian, kemalangan, kehilangan, cacian dan makian, umpatan orang dan sebagainya.
Ada juga yang sedih dengan rupa parasnya, sedih dengan kejadiannya, sedih mengenangkan nasibnya, sedih dengan cara hidupnya.
Tidak kurang juga yang sedih dengan dirinya yang lemah, keimanannya yang rendah, ibadahnya yang sedikit dan sebagainya.
Ada waktu, memang manusia akan merasakan kesedihan.
Kenapa saya cakap begini?
Entah.            

Saya Sedih...
Perasankah kita, apabila kita memanjang-manjangkan kesedihan, apakah sebenarnya yang telah ‘kita hilangkan’ dalam kehidupan kita?
Allah SWT.
Ya. Seakan-akan Allah itu tidak wujud, dan membiarkan kita.
Seakan-akan Allah itulah Yang Zalim, dan Dialah yang sengaja membuatkan kita bersedih.
Benarkah?

Apakah bicara Allah berkenaan kesedihan?





“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” Surah Ali Imran ayat 139.

Saya tidak tahu apa perasaan kalian apabila membaca semua terjemahan ini.
Tetapi saya, rasa lega.
Rasa tenang.
Rasa damai.....  kini saya tersenyum kembali....





Tuesday, October 19, 2010

Siapa DIA

                                                              DIA



Hati-hati dengan Hati

Kerana Dia aku masih bernafas lagi
Kerana Dia aku masih gagah berdiri
Meredah ranjau ini walau diriku dihujani
Jerami berduri Dia pasti bersama ku
Kerna kasihNya aku sabar dihina
Kerna restuNya tak ku gentar diuji       

Dulu diri ku ini bagai mati sebelum ajal
Kerna restu kasihNya
Hari ini ku bangki kembali
Dari mimipi ngeri
Dengan semangat wajar kesani
Ku tepis segala rintangan yang datang

Kerana aku tahu Dia mengasihi ku
Lebih dari segala cintai dunia ini

Sunday, October 17, 2010

KEIKHLASAN DOA KEAGUNGAN KASIH MERUBAH TAKDIR

Doa senjata Kami



Terdetik untuk aku menulis nota ini rentetan daripada kejadian yang baru-baru menimpa "kawan" paling aku sayang bagaikan aku menyayangi diriku...ceehh...


Namun,,, timbul semula beberapa soalan beerbangkit mengenai sebuah janji... Orang kata kalau tak mampu buat tak payah lah kita nak berjanji.. Tapi lain pula hal yang terjadi... 


Tipulah kalau saya cakap kamu semua tak pernah bercinta,,, walaupun dalam diam... nak kata kawan aku tu jahat ,, tak kot.. aku tengok dia setia,, sepanjang aku kenal dia,, hanya " sabar dan ikhlas" yang aku dapat lihat dari dalam dirinya... mungkin dia terlalu baik sampai orang pijak kepala.. ish3... mintak dijauhkan...

Mungkin jugak dia terlalu percaya kan orang lain.. tapi tak patutlah kan... ish3.. ibarat pepatah" beri susu dibalas racun"....

Begitulah antara situasi yang sedang dialami oleh seorang kawan.... sediiiihhh... berjanji macam-macam tapi hampeh.. habuk pun tarak....

Jadi,,, apa yang perlu kita ambil iktibar disni adalah,,, hanya JANJI ALLAH, janji yang pasti... ingatlah JANJI ALLAH ITU PASTI... kepada kawan.... "perempuan baik itu untuk lelaki baik".... mungkin perubahan yang ada pada dia itu hanyalah kerana terpaksa,,, ibu bapa yang baik tidak menjanjikan anaknya juga baik...tapi
" KEIHKLASAN DOA KEUTUHAN KASIH MERUBAH TAKDIR"........

Sinar menanti d hadapan

Muhasabah......


Kekecewaan itu kembali hadir

Ketika senyum tulusnya tak lagi hinggap di pelupuk mata

Ketika kesedihan batinnya mulai meraja

Ketika taring amarah mengakhiri segalanya

Ketika kebencian menjadi tirai kepiluan dalam dirinya........




Tapai Goreng

Tapai Goreng

  • RESEPI.....
  • hujan-hujan ni teringat pulak akan tapai ubi goreng....
  • pertama kali saya makan tapai ubi goreng ni semasa saya pergi ke banting... cukup indah kenangan itu.... terima kaseh acik dan pkcik... nanti ade masa saya datang sana lagi ya....!

CARA-CARA MEMBUATNYA :

BAHAN-BAHAN.......

  • Tapai ubi
  • Tepung goreng Adabi
  • Tepung Gandum
  • Sedikit garam, dan gula
  • Air
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng

LANGKAH-LANGKAH
 
 1) Campur 2 bahagian tepung goreng Adabi dengan 1 bahagian tepung gandum. 

 2) Masukkan sedikit gula dan garam.
 3) Bancuh campuran tepung dengan air sehingga menjadi bater yang pekat seperti membuat pankek.

 4) Panaskan minyak yang banyak. Celup tapai ubi kedalam bater dan goreng dengan api sederhana   sehingga kekuningan seperti menggoreng pisang.

5)Angkat dan hidangkan panas dengan susu krimer pekat manis atau sos custard.


  • Acik, pakcik,,, sya rindu masakan acik.. ble makan masakan acik saya teringat masakan emak... rindu sangat kat emak... mggu depan orang balik ye mak...

Thursday, October 14, 2010

Demi Cinta Ini

Orientasi dan Mobiliti
  • keterbatasan yang dimiliki tidak menghalang  Nasrul untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.


Mesin Pencetak Braille

Ketika menghadiri aktivi bacaan al-Quran
  • Irfan... terkelu lidah .. tersentuh rasa hati... saat pertama kali masuk ke kelas RESOS 1,,, Irfan mendekati kami... sayu tatkala dia ingin meminjam telefon untuk menghubungi ibunya... " mak... bila mak nak datang... bila mak nak ambik ifan kat sini..."
Memakai Kasut sendiri

  •  Kebanyakkan murid-murid yang bersekolah di sini sudah pandai belajar berdikari. Mereka  tahu menguruskan diri, membersihkan tempatt tidur. 
  • Kadang kala terdapat antara mereka yang menggosok dan membasuh baju sendiri.
  • Sebahagian daripada mereka yang mempunyai masalah penglihatan ini tinggal di asrama dibawah pengawasan Pembantu Pengurusan Murid (PPM).
Menulis dan Membaca Huruf Braiile
  •  Satu-satunya murid bermasalag penglihatan berketurunan Siam di sekolah ini.
Beberapa singkatan perkataan dalam huruf Braille



Suasana di Dewan Makan




Tuesday, October 12, 2010

Sistem Tulisan Tunatera

                                              
                                                   HURUF-HURUF BRAILLE



Braille ialah sejenis sistem tulisan sentuh yang digunakan oleh orang buta. Sistem ini dicipta oleh seorang Perancis yang bernama Louis Braille yang buta disebabkan kemalangan semasa kecil. Ketika berusia 15 tahun, Braille mengubah suai tulisan tentera bagi memudahkan tentera untuk membaca ketika gelap. Sistem ini dinamakan sistem Braille. Namun ketika itu Braille tidak mempunyai huruf W.

SEJARAH HURUF BRAILLE

  • Sejarah Huruf Braille bermula apabila tercetusnya inspirasi untuk menciptakan huruf-huruf yang dapat dibaca oleh orang buta berawal dari seorang bekas perwira artileri Napoleon, Kapten Charles Barbier
  • Barbier menggunakan sandi berupa garis-garis dan titik-titik timbul untuk memberikan pesanan ataupun perintah kepada serdadunya dalam  gelap malam. 
  • Pesanan tersebut dibaca dengan cara meraba rangkaian kombinasi garis dan titik yang tersusun menjadi sebuah kalimat.
  • Sistem demikian kemudian dikenal dengan sebutan night writing atau tulisan malam. 
  • untuk  menyesuaikan keperluan para tunanetra, Louis Braille mengadakan uji kaji garis dan titik timbul Barbier kepada beberapa kawan tunanetra. 
  • kenyataannya, jari-jari tangan mereka lebih peka terhadap titik dibandingkan garis sehingga pada akhirnya huruf-huruf Braille hanya menggunakan kombinasi antara titik dan ruang kosong atau spasi. 
  • Sistem tulisan Braille pertama kali digunakan di L’Institution Nationale des Jeunes Aveugles, Paris, dalam rangka mengajar siswa-siswa tunanetra. 
  • Kontroversi mengenai kegunaan huruf Braille di Perancis sempat muncul hingga berujung pada pemecatan Dr. Pignier sebagai kepala lembaga dan larangan penggunaan tulisan Braille di tempat Louis mengajar. 
  • Karena sistem baca dan penulisan yang tidak lazim, sulit untuk meyakinkan masyarakat mengenai kegunaan dari huruf Braille bagi kaum tunanetra.
  • Salah satu penentang tulisan Braille adalah Dr. Dufau, asisten direktur L’Institution Nationale des Jeunes Aveugles. Dufau kemudian diangkat menjadi kepala lembaga yang baru. Untuk memperkuat gerakan anti-Braille, semua buku dan transkrip yang ditulis dalam huruf Braille dibakar dan disita. 
  • Namun dikarenakan perkembangan murid-murid tunanetra yang begitu cepat sebagai bukti dari kegunaan huruf Braille, menjelang tahun 1847 sistem tulisan tersebut diperbolehkan kembali. 
  • Pada tahun 1851 tulisan Braille diajukan pada pemerintah negara Perancis agar diakui secara sah oleh pemerintah. 
  • Sejak saat itu penggunaan huruf Braille mulai berkembang luas hingga mencapai negara-negara lain. Pada akhir abad ke-19 sistem tulisan ini diakui secara universal dan diberi nama ‘tulisan Braille’. 
  • Di tahun 1956, Dewan Dunia untuk Kesejahteraan Tunanetra (The World Council for the Welfare of the Blind) menjadikan bekas rumah Louis Braille sebagai museum. Kediaman tersebut terletak di Coupvray, 40 km sebelah timur Paris.

Abjad Braille

  • Braille terdiri daripada sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan seperti berikut:
Braille cell.svg
  •  kehadiran atau ketiadaan titik itu akan memberi kod untuk simbol tersebut.
  • Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kod huruf Braille Inggeris. 
  • Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara terus. 
  • Contohnya perkataan orang dipendekkan kepada org. Ini membolehkan buku buku Braille yang lebih nipis dicetak. 
  • Simbol Braille juga telah diperkaya sehingga boleh digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik. 
  • Kini Braille telah diubahsuai dengan menambah dua lagi titik menjadikan Braille menjadi kod 8 titik.
  • Ini memudahkan pembaca Braille mengetahui huruf tersebut adalah huruf besar atau kecil. 
  • Selain itu, penukaran ini membolehkan huruf huruf ASCII dipertunjukkan dan kombinasi 8 titik ini diekodkan dalam standard Unicode. 
  • Braille boleh dihasilkan menggunakan batuan loh ( slate) dan stilus ( stylus ) di mana titik dihasilkan daripada belakang muka kertas, menulis dengan imej cermin, menggunakan tangan, atau menggunakan mesin taip Braille yang dikenali sebagai Perkins Brailler.
  • Braille juga boleh dihasilkan menggunakan mesin cetak Braille yang disambung kepada komputer.  
  • Tulisan brail pada butang lif bagi membantu orang kurang upaya (buta).
Simbol simbol Braille adalah seperti berikut:


click to create your own

kita kan Geng