Tuesday, November 30, 2010

... Maniskan Wajahmu...

Belon untuk awak... sebab awak  tersenyum...
Hadis dari Abu Dzar r.a. bahawa Rasulallah SAW yang bermaksud, “Tidak ada lain dari anak Adam itu sedekah pada tiap-tiap hari yang naik matahari padanya.” Bertanya para sahabat, “Dari mana datangnya harta untuk kami bersedekah wahai Rasulullah?” Sabda Nabi, “Bahawa pintu-pintu kebajikan itu banyak; Tasbih, Takbir, Tahlil, Amar makruf dan nahi (mencegah) mungkar, membuang duri di jalan, mendengar orang pekak, menunjuk jalan kepada orang buta, menunjuk arah perjalanan kepada yang meminta ditunjuk, memberi air minuman kepada yang dahaga, menolong meringankan beban orang yang tidak berdaya. Semua itu sedekah bagi diri kamu.” Malah dalam riwayat yang lain menambah, “Senyum anda terhadap saudara anda adalah sedekah.” (Hadis riwayat Ibn Hiban dan Al Baihaqi)
Manis wajahmu kulihat di sana,,,,,,,
Apa rahsia yang tersirat,,,,,
Tapi,,,, zahirnya dapat kulihat,,,,,
Mesranya wajahmu dengan senyuman.....

Senyum dan perasaan.....
Bila senyum,,,,Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi,,, senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati..... (hehe)

Senyumlah seperti Rasulullah.....
Senyumnya bersinar dengan cahaya......
Senyumlah kita hanya kerana Allah............
Itulah senyuman bersedekah...........Itulah sedekah yang paling mudah.............Tiada terasa terhutang budi.............Ikat persahabatan antara kita............
Tapi...... senyum jangan disalah guna....... senyum pada yang selayaknya... 



*....saya turut tersenyum andai anda pun turut tersenyum...lihat.,,, saya  tersenyum...=)....*

Friday, November 26, 2010

HIKMAH AIR MATA SANG RATU


Ni bukan aku... ngeh3... sekadar hiasan...
Al -Quran telah menyebut perihal menangis pada banyak tempat dan memuji orang yang selalu menangis yang disebabkan sampai tahap makrifatullah kepada Allah dan kerana takut kepadaNya.

FirmanNya dalam surah Isra' yang bermaksud : " Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah kusyuk".(109)

FirmanNya di dalam surah maryam yang bermaksud : " Apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka , maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis."(58)


Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki??? 

  • sebab lelaki ego... haha! opps .. saja melawak .. ok2 fokus2.. teruskan membaca.....~
  • Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki.
  • Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki. 
  • Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan.
  • Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh...bagaimana dengan air mata palsu?? huu...
  • Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan...
  • Mereka mengeluarkan tangisan  dengan diiringi suara yang dapat didengar  sebanyak 64 kali dalam setahun. 
  • Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun...( ooo... berapakah perbezaannya?? haha!)
  • Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. 
  • Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas  atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.” 
  • Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.  
  • Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa 
  • Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa...
  • Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan.
  • Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun.
  • Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.
Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti

Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa

  • Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. 
  • Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.
  • Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat  daripada lelaki
Air mata yang termahal siapa yang punya?
  1. Ibu
  2. Ayah
  3. Remaja
  4. Orang yang dizalim.....
 adakah air mata kita semahal mereka??? 

*...dan air mataku mengalir lagi...*

Tuesday, November 23, 2010

Kisah Kerbau, Kelawar dan Cacing

  sudah lama juga aku cari artikel ni,,, belek-belek folder kat lappy aku,,, eheh ada pulak.. suka2!..

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau. 

Kerbau


Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.
Kelawar.. (nampak cute pulak)

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.
eeeheeiii.. caciiinngg...

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya".

Monday, November 15, 2010

Iktibar Musim Haji - Jangan Seksa Diri-

Sekadar Hiasan...


Allah S.W.T menciptakan dunia seisinya untuk kemudahan manusia itu sendiri, oleh itu hendaklah manusia memanfaatkannya.

Sahabat Anas menceritakan bahawa satu hari Rasulullah S.A.W melihat seorang yang dipapah oleh kedua orang anaknya menunaikan haji dengan berjalan kaki.

Apabila melihat keadaan itu maka baginda bertanya, "Mengapa dengan orang ini?"

Dua anak itu berkata, "Dia bernazar hendak menunaikan haji dengan berjalan kaki."

Rasulullah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memerlukan orang yang menyeksakan dirinya."

Ketika itu juga Rasulullah memerintahkan kepada orang itu agar naik kenderaan untuk menunaikan haji.

Dalam satu peristiwa lain, seseorang menziarahi tuan gurunya yang sudah lama berpisah, dia berjalan kaki beberapa batu ke rumah gurunya dengan maksud untuk mendapat pahala yang lebih. Setiba di rumah gurunya itu, tuan guru itu bertanya, "Kamu datang dengan apa?"
Anak murid itu berkata, "Saya berjalan kaki."

Apabila tuan guru itu mendengar jawapan anak muridnya itu dia berkata :

"Dia telah menciptakan kuda, baghal dan keldai agar kamu mengenderainya.

Saturday, November 13, 2010

Ayam kicap Sempoi

Sebenarnya plan A nak buat ayam masak merah... Akibat kehabisan stok cili boh... Tukar ke plan B pulak... haha... maka terciptalah masakan ini.. Menjadi hidangan kami adik-beradik... (ceh.. haha)

Resepinya pulak jangan cerita lah.. sebab gunakan bahan-bahan yang ada.. Almaklumlah nak cuti kan.. Tapi alhamdulillah... menjadi gak walaupun tak guna kan resepi asal mak saya...haha...  biasalah mak,,,bahan tak ada tak bermakna tak boleh masak kan mak?? 


Resepinya...
  • Daging ayam
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
  • 1/2 biji bawang kecil -tumbuk
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • kicap pekat manis secukupnya
  • 2-3 biji cili padi- potong dua 
  • serbuk lada putih
  • garam kunyit secukup rasa

Cara-cara

...kalau mak aku tengok ni....fuuh,,
  1. Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan
  2. Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan
  3. Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang yang telah ditumbuk dan cili sampai naik bau.
  4. Kemudian masukkan kicap dan ayam. Goreng sampai ayam masak.
  5. Akhir sekali kalau suka cili hijau bolehlah hiris cili hijau dan masukkan ke dalam ayam. Goreng sekejap dan padamkan api.
  6. Siap untuk dimakan.  

Thursday, November 11, 2010

Kerana Manisnya Epal.. :)

Pertemuan dua hati oleh Allah melalui sebiji epal....


"Indah sungguh suasana di tepi sungai ini. Airnya mengalir tenang dan anginnya bertiup lembut. Biarlah saya duduk di sini untuk berzikir kepada Allah," kata Abu Salleh sendirian lalu duduk di tepi sungai.


Sungai itu terletak di sebuah pekan kecil bernama Jilan. Di situlah tempat tinggal Abu Salleh. Dia berasal dari keturunan Imam Hassan, salah seorang cucu Nabi Muhammad.


Ketika dia sedang berzikir, terpandang olehnya sebiji epal hanyut di tebing sungai. Perutnya yang memang belum diisi sejak awal pagi berbunyi beberapa kali. "Mungin ini rezeki untuk saya," katanya lalu mengambilnya.


Abu Salleh memakan sebiji epal itu sehingga habis. Tiba-tiba dia berdiri dengan wajah yang terkejut, "Saya memakan epal ini tanpa izin tuannya. Tentu pemilik epal ini berada di hulu sungai."


Abu Salleh berjalan menyusur tebing sungai menghala ke hulu sambil memerhati kesekeliling kalau-kalau ada pokok epal di situ. Jauh dia berjalan meninggalkan pekan Jilan. Dia terus berjalan sehingga akhirnya dia menemui sebuah ladang epal


"Syukurlah akhirnya saya menemui ladang epal. Saya yakin epal yang saya makan tadi datang dari ladang ini. Lebih baik saya segera menemuinya."


Abu Salleh terus memasukki ladang epal itu dan menemui pemiliknya. Pemilik itu bernama Sheikh Abdullah, berasal dari keturunan Imam Hussin, salah seorang cucu Nabi Muhammad juga. Beliau ialah seorang yang kuat beribadat dan disegani oleh penduduk di kawasan itu.


"Saya memohon maaf dan mohon dihalalkan sebiji epal yang saya memakannya," pinta Abu Salleh kepada Sheikh Abdullah.


Sheikh Abdullah memerhatikan Abu Salleh untuk beberapa ketika lalu tersenyum. Dia menarik nafas panjang dan berkata, "Saya boleh memaafkan saudara dengan satu syarat."


"Katakanlah apakah syarat itu? Saya akan memenuhinya."


"Saya mahu saudara bekerja di ladang epal ini selama dua belas tahun!"


Tanpa banyak soal, Abu Salleh mengangguk dan menyatakan persetujuannya. Bekerjalah Abu Salleh di ladang epal milik Sheikh Abdullah itu selama dua belas tahun dengan penuh amanah dan tanggong jawab. Sheikh Abdullah memerhatikan tingkah laku Abu Salleh sepanjang tempoh itu dan mula tertarik hati. Dia bercadang untuk mengahwinkan puterinya dengan Abu Salleh.


Akhirnya tamatlah tempoh dua belas tahun lalu Abu Salleh menemui Sheikh Abdullah. "Saya sudah menunaikan syarat tuan. Halalkanlah epal yang saya makan itu."


Sheikh Abdullah terpegun dengan kata-kata Abu Salleh yang jelas menggambarkan dia adalah seorang anak muda yang jujur lalu dia berkata, "Saya akan mengenakan satu lagi syarat ke atas saudara."


"Katakanlah syarat itu, saya akan tunaikan."


"Syaratnya ialah, saudara mesti mengahwini puteri saya. Tetapi biarlah saya berterus terang tentang keadaan puteri saya itu."


"Katakanlah! Saya akan mematuhinya."


"Puteri saya bernama Ummu Khair Fatimah. Dia seorang yang lumpuh, pekak, buta dan bisu. Mahukah saudara mengahwini puteri saya itu sebagai syarat kedua untuk saya memaafkan saudara?"


Sejenak Abu Salleh termenung membuatkan dada Sheikh Abdullah berdebar-debar. Akhirnya Abu Salleh memandang ke arah Sheikh Abdullah dan tersenyum, "Saya akan mengahwini puteri tuan sekiranya tuan menghalalkan sebiji epal yang saya makan tanpa izin dua belas tahun yang lalu."


"Baiklah. Saya akan menghalalkan sebiji epal yang saudara makan itu sekiranya saudara mengahwini puteri saya."


Maka berlangsunglah satu majlis perkahwinan di antara Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah. Pada malamperkahwinan itu, Abu Salleh masuk ke bilik pengantin dan memberi salam.kepada isterinya. Sebaik sahaja isterinya menoleh ke arahnya. Wajah Abu Salleh berubah kerana dia amat terkejut lalu berlari ke ruang tamu menemui bapa mertuanya, Sheikh Abdullah.


"Adakah seorang perempuan lain di dalam bilik pengantin? Di manakah isteri saya yang lumpuh, buta, pekak dan bisu itu?"


Sheikh Abdullah tersenyum mendengar pertanyaan Abu Salleh lalu menjawab, "Perempuan yang berada di dalam bilik pengantin itu ialah puteri saya, Ummu Khair Fatimah. Saya mengatakan dia lumpuh kerana kakinya tidak pernah menjejak ke tempat maksiat. Saya mengatakan dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar perkara yang terlarang. Saya katakan dia buta kerana dia tidak pernah melihat perkara yang haram dan saya mengatakan dia bisu kerana dia tidak pernah menuturkan sesuatu yang sia-sia."


Tersenyumlah Abu Salleh sebaik sahaja Sheikh Abdullah menghabiskan kata-katanya lalu dia menadah tangan, "Ya Allah! Hambamu mengucapkan syukur yang tidak terhingga!"


Hasil perkawinan Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah ini lahirlah seorang ahli agama yang terkenal diberi nama Sheikh Abdul Kadir Jailani. Beliau digelar Mahyuddin yang bermaksud, Yang menghidupkan Agama!

Wednesday, November 10, 2010

.. Apabila Mata Berbicara...


  • Mata adalah satu deria yang sangat berharga kepada manusia. 
  • Jika mata tidak lagi berfungsi, segala keindahan alam tidak lagi dapat dinikmati. 
  • Untuk mengetahui, memahami dan menafsir dunia luar merupakan fungsi otak, pengalaman serta mata kita. 
  • Jadi kecacatan dalam penglihatan ini boleh menghalang pemahaman seseorang individu terhadap dunia seperti sedia kala.
  • Definisinya jika dilihat dari segi undang-undang, ia melibatkan penilaian ketajaman penglihatan dan medan penglihatan iaitu seseorang yang buta di sisi undang-undang mempunyai ketajaman penglihatan 20/20 atau kurang dengan mata yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan pembetulan. 
  • Melalui sistem klasifikasi undang-undang ini juga, orang yang kabur penglihatannya mempunyai ketajaman penglihatan di antara 20/70 dengan 20/200 dengan mata yang lebih baik penglihatannya.
  • Bagi pendidikan, individu yang buta ini terpaksa belajar membaca dengan menggunakan sistem tulisan braille ataupun menggunakan kaedah mendengar iaitu pita audio dan rakaman. 
  • Bagi individu yang tergolong dalam penglihatan rendah pula ialah mereka yang tidak sempurna penglihatannya serta dapat membaca tulisan cetak walaupun mereka memerlukan alat-alat pembesar atau buku yang memakai huruf cetak yang besar. 
 JENIS-JENIS PENYAKIT MATA


MIOPIA
  • Miopia, atau rabun jauh, adalah apabila mata tidak dapat menumpu dengan baik yang menyebabkan objek jauh kelihatan kabur.
  • Ia adalah satu masalah normal bagi mata di mana cahaya terkolimat menghasilkan titik tumpuan imej di hadapan retina
  • Mereka yang ada miopia lazimnya boleh melihat objek yang dekat dengan jelas tetapi objek jauh kelihatan kabur
Penglihatan normal.


Pandangan sama oleh mereka yang mempunyai rabun jauh.

 Sebab

  • Seseorang yang mengalami rabun jauh boleh melihat objek dekat dengan jelas berbanding objek jauh yang kabur. 
  •  mereka yang rabun jauh cenderung untuk mengecilkan mata untuk melihat objek jauh. 
  • Penglihatan kabur ini disebabkan imej ditumpukan di hadapan retina, bukannya tepat di retina.
  • Rabun jauh berlaku apabila mata lebih besar dan panjang daripada mata mereka yang normal. 
  • Rabun jauh adalah proses semula jadi yang terbentuk dengan pantas terutamanya ke atas kanak-kanak sekolah atau remaja, dan terus berlaku semasa proses membesar. 
  • Ini menyebabkan mereka perlu memakai kaca mata atau kanta sentuh. Proses ini akan berhenti apabila umur meningkat dalam usia 20-an.
  • Rabun jauh berlaku kepada lelaki dan wanita. 
  • Mereka yang mempunyai keturunan rabun jauh lebih berkemungkinan menghadapinya. 
  • Kebanyakan mata dengan rabun jauh adalah normal tetapi sebilangan daripada mereka yang rabun mungkin mengalami komplikasi kelekangan lapisan retina.
  • Ini berlaku apabila retina lekang daripada lapisan koroid, menyebabkan gangguan fungsi retina dan menyebabkan buta jika tidak dirawat. Kelekangan retina boleh berlaku kepada seseorang yang rabun jauh.
  • Pesakit mungkin akan mengalami kehilangan penglihatan di medan penglihatan sebelah bawah.
Antara simptom-simptom rabun jauh adalah:
  • penglihatan kabur atau terpaksa mengecilkan mata untuk melihat objek jauh
  • keletihan pada mata
  • sakit kepala (jarang)

Rawatan

  • Rabun jauh boleh diatasi dengan memakai cermin mata atau kanta sentuh yang memindahkan titik tumpu ke retina
  • Terdapat juga beberapa pembedahan yang dapat membentuk kornea yang memindahkan titik tumpu dari hadapan retina ke retina.
  • Keratomi radial merupakan pembedahan yang popular pada masa dahulu. 
  • Sekarang, ia digantikan dengan LASIK, iaitu penggunaan laser untuk membentuk semula kornea.
Rabun jauh disebabkan titik fokus imej terbentuk di hadapan kornea boleh diatasi dengan menggunakan cermin mata.



HYPEROPIA

  • Rabun dekat atau hiperopia adalah kesukaran melihat objek dekat.
  • Ia adalah satu masalah normal bagi mata di mana titik tumpuan imej terbentuk di belakang retina.
  • Masalah bertentangan dengan rabun dekat adalah rabun jauh.
  • Mata lebih kecil daripada berbanding normal, yang menghalang sinar cahaya menumpu ke atas retina.

Sebab

  • Rabun dekat disebabkan imej ditumpukan di belakang retina bukan di atasnya. 
  • Ia boleh jadi disebabkan bebola mata yang terlalu kecil atau kuasa menumpu terlalu lemah.
  • Rabun dekat selalunya ada sejak lahir, tetapi kanak-kanak mempunyai lensa mata yang sangat fleksible yang dapat mengatasi masalah tersebut.
  • Semakin meningkat usia, cermin mata atau kanta sentuh mungkin perlu untuk membetulkan penglihatan. 
  • Mereka yang mempunyai anggota keluarga yang ada rabun dekat, lebih cenderung menghadapi rabun dekat.
                            Rabun dekat diatasi dengan lensa cembung 

GLAUKOMA

Apakah glaukoma?

  • Ia adalah sejenis penyakit mata yang menyebabkan kerosokan saraf optik mata. Kerosakan yang teruk boleh menyebabkan kebutaan mata. Namun begitu, kalau keadaan ini dikesan awal, ia boleh dirawat dan penglihatan boleh diperiharakan.

Apakah yang menyebabkan glaukoma?

  • Kebanyakan kes glaukoma disebabkan oleh kerana saliran air keluar dari mata tidak lancar dan ini menyebabkan tekanan mata naik. 
  • Tekanan yang tinggi akan menyebabkan kerosakan saraf optik. 
  • Namun begitu punca glaukoma tidak difahami sepenuhnya.. Sesetengah orang ada tekanan tinggi dalam mata tetapi tidak mengalami kerosakan mata. Orang lain mungkin mengalami tekanan mata yang normal tetapi saraf optik mengalami kerosakkan. Faktor yang lain seperti kekurangan pengaliran darah ke dalam saraf optik atau kelemahan saraf optik juga memainkan peranan.


Apakah rawatan untuk glaukoma?

  • Rawatan adalah untuk merendahkan tekanan mata dan menghalang kehilangan penglihatan. Rawatan termasuk ubat titis, rawatan laser dan pembedahan. 
  • Kesemua rawatan ada kebaikan dan keburukannya dan cara rawatan terbaik untuk seseorang ialah hasil keputusan pesakit dan doctor setelah pelbagai opsyen dibincangkan. 
  • Rawatan tidak boleh mengembalikan kerosakan yang telah terjadi ke atas saraf optik, jadi penglihatan yang telah rosak tidak boleh dibaiki.

Ubat

  • Ubat titis adalah biasanya langkah pertama dalam rawatan ini. 
  • Ada pelbagai ubat yang bertindak dengan cara yang berlainan. 
  • Adalah penting untuk menggunakan ubat ini setiap hari seperti dinasihatkan oleh doctor, kerana tekanan akan menaik sekiranya ubat tidak digunakan. 
  • Ada ubat titis kombinasi yang boleh digunakan sekiranya pesakit memerlukan lebih daripada satu ubat. Kesemua ubat titis boleh menyebabkan kepedihan mata. 
  • Kesan sampingan juga termasuk pertukaran perasaan lidah, pertukaran warna iris, bulu mata yang lebih panjang dan lebat, sakit kepala dan kekaburan mata.

Rawatan laser

  • Laser digunakan untuk merawat glaukoma sudut terbuka dan tertutup dengan laser yang berlainan dan teknik berlainan. 
  • Laser boleh digunakan untuk membuka lubang di trabekular meshwork. 
  • Procedur ini biasanya cepat dan tidak sakit. Ianya tidak memerlukan ubat bius seluruh badan dan tidak perlu kemasukan ke dalam wad. Kejayaan prosedur ini berbeza untuk setiap individu dan kadang-kadang ubat tits mata masih diperlukan selepas laser, tetapi dalam dos yang lebih rendah. 

Mata Juling (Strabismus)
 
Apakah maksud mata juling?
Mata juling terjadi apabila kedua belah mata tidak selari/sejajar dan melihat ke arah yang berlainan.Satu mata bergerak dengan normal tetapi mata di sebelahnya bergerak samada ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah.Mata juling boleh juga dikaitkan dengan keturunan.
Sebab-sebab mata juling
  • Dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang diketahui
  • Ia boleh disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada mata yang juling itu atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri.
  • Rabun jauh juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam.
  • Mata juling adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, hydrocephalus dan barah otak.
contoh :
strabi1 Strabi3
Tanda-tanda dan gejala:
  • Tanda utama ialah kedudukan mata yang tidak selari/sejajar.
  • Ia boleh menjadi masalah yang berpanjangan atau wujud sekali-sekala.
  • Bayi normal yang baru lahir biasanya juling disebabkan penglihatan yang belum matang. Masalah ini hilang setelah bayi semakin membesar.
  • Bagaimanapun mata yang benar-benar juling tidak akan berubah dengan perkembangan tumbesaran.
Apakah kesan dari mata juling?
  • Mata yang juling boleh menyebabkan kanak-kanak tidak dapat melihat dengan sempurna. Jika tidak dirawat dengan segera (sebelum kanak-kanak berumur 6 tahun) , ini boleh membawa kepada masalah mata malas (lazy eye/amblyopia).
  • Penglihatan teropong (binocular) atau penglihatan 3 dimensi diperlukan untuk menganggar kedalaman sesuatu objek. Kebolehan ini boleh terjejas jika mata kanak-kanak itu juling.
Apakah rawatan yang ada?
  • Mata juling memerlukan pemeriksaan awal dengan doktor mata.
  • Cermin mata mungkin diperlukan untuk penyakit rabun mata seperti rabun jauh.
  • Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah mata malas (lazy eye/amblyopia), menampal mata yang sihat boleh membantu memulihkan penglihatan di mata yang juling. Bagaimanapun, rawatan ini tidak akan berjaya jika ia lewat dimulakan. Rawatan perlu dimulakan pada umur yang awal.
  • Pembedahah boleh merawat mata juling dengan baik. Ia bagaimanapun tidak boleh menggantikan penggunaan cermin mata atau rawatan untuk mata malas. Sewaktu pembedahan, otot-otot mata akan disusun semula. Selepas pembedahan, kanak-kanak biasanya boleh meneruskan aktiviti biasa selepas beberapa hari.




KATARAK




  • Ini disebabkan oleh usia, kencing manis, cahaya UV (pancaran matahari), kecederaan mata, merokok atau genetik.
  • Katarak disebabkan oleh selaput di bahagian kanta semulajadi mata kita yang menghalang cahaya and imej menembusi mata.
  • Bila usia kita meningkat, kadar mendapat katarak juga meningkat. Namun begitu, ada kanak-kanak dan orang muda yang boleh mendapat katarak juga.
  • Tiada ubatan atau senaman mata yang boleh melarutkan katarak.
Jikalau cermin mata tidak dapat membetulkan penglihatan kita, hanya pembedahan untuk mengeluarkan katarak dan menggantikannya dengan kanta tiruan dapat menolong memperbaiki penglihatan kita.
Adakah apa-apa risiko? Pembedahan Katarak Teknologi Terkini
(Advanced Cataract Surgery) lebih berkesan daripada cara-cara yang lama, serta sangat berkesan dan berisiko rendah.
Pembedahan Katarak Teknologi Terkini biasanya membolehkan kita mengalami:
  • Pembedahan cepat - kurang daripada 30 minit
  • Pembedahan Rawatan seharian - kurang dari 2 jam berada di pusat rawatan pembedahan
  • Penglihatan yang baik dengan pemulihan mata yang cepat
  • Pemulihan yang cepat untuk kembali kepada aktiviti seharian
  • Tiada sakit langsung atau hanya sedikit ketidak keselesaan pada waktu dan selepas pembedahan.
  • Tidak perlu jahitan atau pembalut mata
  • Kekurangan silau mata
  • Pembedahan boleh dilakukan tanpa perlu menunggu selaput menjadi matang. (Pembedahan untuk katarak yang sepenuhnya matang mendedahkan diri kepada lebih risiko.)
  • Pilihan kanta tiruan beraneka jenis seperti: monofocal, aspheric, multifocal.
Dengan Pembedahan Katarak Teknologi Terkini
(Advanced Cataract Surgery) anda boleh menikmati kualiti hidup yang tinggi dengan penglihatan yang lebih baik 
 *... bidang perubatan mata kah yang aku ambil??... heh..*


Tuesday, November 9, 2010

PERTIS

 PERTIS Perkenal Al-Quran BRAILLE Pertama Di Malaysia! ||



KUALA LUMPUR, 26 April (Hrkh) – Bagi memberi peluang kepada mereka yang cacat penglihatan membaca serta menghayati kandungan al-Quran, Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) akan memperkenalkan al-Quran braille kepada ahli-ahli khususnya dan yang bukan ahli, amnya.
Menurut Yang di-Pertua Pertis, Mohamed Ismail, al-Quran braille ini yang diusahakan oleh ahli jawatankuasa Pertis sendiri dengan kerjasama dan nasihat Jakim, merupakan yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
Katanya, al-Quran ini akan diperkenalkan pada majlis makan malam yang dinamakan ‘Malam Jalinan Kasih – Pertis’ yang diadakan pada 26 April 2008, di Hotel The Legend, Kuala Lumpur, bermula jam 8 malam.


Mohamed berkata, majlis ini adalah kemuncak kepada semua program yang dijalankan Pertis, bagi merapatkan silaturahim orang kurang upaya (OKU) penglihatan, terutamanya ahli Pertis dan orang ramai, sekali gus bagi mengisi Tabung Kebajikan dan Pendidikan Pertis.
Dalam pada itu, Pertis turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Setiausaha Dewan negara, Dato’ Zamani Sulaiman, di atas daya usaha beliau memberikan pandangan dan nasihat demi kebaikan ahli Pertis.
“Keprihatinan beliau terhadap OKU penglihatan begitu tinggi, di mana beliau sanggup mengorbankan masa lapangnya untuk membantu Pertis menghidupkan program keilmuan dan pengetahuan di kalangan ahli Pertis,” kata beliau. – mns
                

SEJARAH PENDIDIKAN KANAK-KANAK BUTA

*... sambungan...*

Mari kita sekarang mengimbas sejarah pendidikan kanak-kanak buta di Malaysia.

1926 - Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican ,  Melaka.
1931-  SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang.
1948 - Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru.
1953- Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM).
1958 - Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM).
1962 - Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan
1963 - Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan.
1977 - Permulaan Latihan Perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras.
1978 - Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu
1983 - Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak. Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh.
1984 - Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel. Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran. Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyelenggaraan alatan braille. 
                                                                                                                   dipetik dari www.moe.gov.my.

PERSATUAN ORANG BUTA MALAYSIA

  • Persatuan Orang Buta Malaysia ditubuhkan pada tahun 1951 untuk menjaga kebajikan orang buta di Malaysia. 
  • Objektif penubuhan persatuan ini adalah untuk membantu golongan orang buta agar dapat menjalani kehidupan yang sempurna seperti mereka yang normal.
Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

(a)Perkhidmatan Kebajikan

  • Perkhidmatan kebajikan menyediakan perkhidmatan kewangan, kesihatan dan tempat tinggal. 
  • Ia terdiri daripada dua unit iaitu unit perkhidmatan sosial yang menyediakan aktiviti berkaitan budaya, pendidikan dan riadah; manakala, Kelab Orang Buta Dewasa menyediakan perkhidmatan pendaftaran, aktiviti sosial serta bertanggungjawab mengadakan seminar atau bengkel yang berkaitan dengan golongan ini.

(b)Perkhidmatan Latihan dan Vokasional
  • Dikenali sebagai Pusat Latihan Gurney yang ditubuhkan pada tahun 1953.
  • Peranan pusat ini ialah
(i) Menyediakan pusat kaunseling
(ii)Mengasuh teknik komunikasi;
(iii)Menyediakan kemahiran bersosial;
(iv)Menyediakan kemahiran rekreasi;
(v)Menyediakan latihan vokasional;
(vi)Menyediakan latihan pertukangan;
(vii)Menyediakan latihan anyaman;
(viii)Menyediakan program komputer; dan Menyediakan khidmat refleksologi dan urut.
(c)Perkhidmatan Penempatan Pekerjaan
  • Perhidmatan ini disediakan sejak tahun 1956. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah:
  • Mengenal pasti peluang pekerjaan bagi orang buta sama ada di sektor awam mahupun swasta;
  • Mengenal pasti lokasi yang boleh dijadikan tempat golongan ini menjalani latihan praktikal;
  • Mengadakan bengkel dan seminar yang berkaitan dengan kerjaya
  • Meninjau pasaran kerja baru yang bersesuaian dengan golongan ini.

(d)Perkhidmatan Braille
  • Tulisan braille digunakan oleh golongan ini untuk membaca dan menaip.
  • Ia merupakan enam titik-titik kecil pelbagai bentuk bagi mewakili satu aksara.
  • Ia biasanya digunakan bersama mesin khas di mana golongan ini perlu menaip untuk menghasilkan tulisan.

(e)Perkhidmatan Perpustakaan. Objektif perkhidmatan ini adalah untuk:
  • Memberikan perkhimatan kepada golongan ini dari aspek audio, pencetakan dan digital; 
  • Menyediakan buku bertulisan braille, menyediakan pinjaman peralatan untuk peralatan braille dan sebagainya.

(f)Perkhidmatan Sukan dan Rekreasi Antara objektif perkhidmatan ini ialah:
  • Mengadakan acara sukan dan rekreasi; 
  • Mengembangkan bakat kesukanan yang terdapat di dalam diri golongan ini.

(g)Perkhidmatan Pemasaran dan Keusahawanan

  • Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti memasarkan barangan kraftangan yang dihasilkan melalui latihan pertukangan dan anyaman. 
  • Kebanyakan aktiviti yang dijalankan adalah memasarkan barangan kraftangan dan rotan.

PERKHIDMATAN UNTUK KANAK-KANAK LOW VISION

(a)Perkhidmatan untuk Low Vision

  • Low vision merupakan masalah yang dihadapi oleh orang yang cacat penglihatan, dimana mereka hanya dapat melihat dengan kadar yang paling minimum. 
  • Kecacatan ini boleh disebabkan oleh jangkitan penyakit, kecederaan daripada kemalangan dan sebagainya. 
  • Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti, jualan murah alat-alat bantuan melihat serta penilaian keadaan mata dan menentukan alat bantu melihat yang sesuai dengan tahap kerosakan mata.

(b)Perkhidmatan Pertolongan Kanak-kanak Buta (ABC Centre)

  • Perkhidmatan ini merangkumi, membantu ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang mempunyai masalah penglihatan yang teruk serta memberi maklumat mengenainya. 
  • Selain itu, perkhidmatan kaunseling kepada ibu bapa juga diberikan. Lawatan ke rumah-rumah dan latihan pusat juga diadakan.

(c)Perkhidmatan Pemulihan Berasaskan Program Komuniti
  • Perkhidmatan ini menawarkan bantuan kepada orang-orang buta melibatkan komuniti setempat, di mana masyarakat bekerjasama dalam menjayakan program ini



Monday, November 8, 2010

Kanak-kanak Masalah Penglihatan


Latar Belakang Pendidikan


 Pengenalan

Pernahkah anda dengar tentang Persatuan Orang Kurang Upaya (OKU)? Cuba anda senaraikan siapakah yang tergolong dalam orang kurang upaya ini. Ya, orang cacat penglihatan adalah salah satu kumpulan orang yang termasuk dalam golongan orang kurang upaya.
Tahukah anda apakah fungsi persatuan orang kurang upaya ini? Seperti yang telah disenaraikan dalam laman web program kaedah Pemulihan dalam Komuniti yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, antara fungsi persatuan tersebut adalah:


·         Meningkatkan kualiti hidup golongan orang kurang upaya ke tahap maksimum;
·         Memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat bahawa golongan masyarakat yang tidak berupaya perlukan bantuan;
·         Memberi pengetahuan dan kesedaran pemulihan kepada golongan orang kurang upaya, ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam pemulihan;
·         Memulihkan OKU supaya berfungsi sebagai orang biasa;
·         Mengurangkan penempatan jangka panjang yang menyebabkan OKU disisih atau dijauhkan dari keluarga dan masyarakat; dan
·         Menyediakan peluang bagi OKU untuk membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi mereka melalui sumber-sumber yang ada.

(Dipetik dari pdknet.com.my)

 DEFINISI MASALAH PENGLIHATAN
Definisi masalah penglihatan boleh dilihat dalam dua perspektif  dari segi perundangan dan pendidikan. Kedua-dua definisi di bawah telah dipetik daripada laman web dpulih hasil keluaran Kementerian Pelajaran Malaysia
(www.spe-ed.net/v2.php).

Dari Segi Perundangan

Definisi masalah penglihatan melibatkan penilaian ketajaman penglihatan dan medan penglihatan seseorang. Bacaan ketajaman penglihatan akan membezakan seseorang, sama ada dia buta atau kabur penglihatan




Dari Segi Pendidikan


Dari segi pendidikan masalah penglihatan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan.




Klasifikasi masalah penglihatan boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

(a) Kategori low vision (penglihatan terhad)
Kategori low vision juga dikenali sebagai penglihatan terhad. Penglihatan kurang daripada 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa. Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria penglihatan. 
(b) Kategori blind (buta) 
Biasanya penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang terbaik, ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa.

 (Dipetik dari www.spe-ed.net/v2.php)

Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual akuiti dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut:

(a) Sederhana
 
      Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta.

(b) Teruk
 
     Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan alat khas.

(c) Sangat Teruk 
     Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung pada deria-deria lain.

                                                         (Dipetik dari www.spe-ed.net/v2.php)









*.... bersambung...*

Sunday, November 7, 2010

...Jatuh...




... 7 November 2010... maksudnya dah genap 3 bulan aku jatuh.. Jatuh cinta?? Oh.. tidak.... aku jatuh motor... 7 September 2010,,,, 3 hari sebelum umat Islam menyambut kedatangan Syawal,,, aku ditimpa musibah.. huhu... sakit x terkata... Sebelum ni,, pernah jugak jatuh.. tapi jatuh sendiri.,,, kali aku dilanggar dari arah belakang,,, terseret ... sedap,,, akibat daripada itu,, kaki aku terseliuh,, lebam dan bengkak serta darah beku hinggap ke kaki ku.... waktu tu hanya TUHAN je tahu sakit yang tak terperi,,, waktu jatuh tu jugak aku rasa kepala aku basah,,, argghhh .. apakah...ya.. memang berdarah... dapat jahitan dikepala .. oh tidak... tangan ku juga luka,,, menggeletar seluruh badan...

tapi waktu yang aku tak boleh lupa,,, bila tiba kat rumah,, (belum p hospital) seluruh badan aku kejang,,, rasa nak pitam,,, mak suruh aku batalkan puasa,,, hehe... mak bagi air kosong kat aku... waktu tu aku tengok mak ayah aku risau sangat-sangat.. sayang jugak dorang kat aku rupanya,,, hehe!  kelam kabut jadinya.. diselang selikan dengan bebelan mak dan abah.. aku yang menahan kesakitan bertambah pening... darah dikepala terus mengalir...  ( sabar mak,,abah,,, anak mu masih lagi bernafas ni..)

Hanya orang yang pernah jatuh je tahu betapa azabnya menahan sakit,,, tu baru sakit dek kerna jatuh motor.. belum lagi sakit saat kita dicabut nyawa.. fuuhh... walaupun dah 3 bulan berlalu rasa cam semalam je aku jatuh motor... haha! kaki ni masih lagi tak sembuh sepenuhnya.. huhu! walaupun tak dapat beraya waktu tu,,, tapi aku dapat duit raya,, khas untuk orang sakit katanya,,,ceh.. suka2! haha!

orang cakap malang itu tak berbau..betullah tu... heh.. Kalau dapat bau pun belum tentu dapat elak.. redha...Mungkin gak sebagai peringatan pada diriku..

baca ni :

DOA NAIK KENDERAAN

Az Zukruf 43:13-14

Malay
Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!

English
“Glory to Him Who has subjected these to our (use), for we could never have accomplished this (by ourselves),
And to our Lord, surely, must we turn back!”


*... jangan lupa baca doa naik kenderaan... *

Saturday, November 6, 2010

...Antara Sabar dan Mengeluh...

... apa saya baca saya kongsi... sebab saya suka baca cerita seperti ini... anda tidak suka tak mengapa.. saya cuma ingin berkongsi... walaupun sebenarnya saya tidaklah seperti apa yang anda lihat dan anda  kenal serta anda akan baca ... =)


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan teladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi,:

" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)


*....Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah...*.


click to create your own

kita kan Geng