Monday, November 8, 2010

Kanak-kanak Masalah Penglihatan


Latar Belakang Pendidikan


 Pengenalan

Pernahkah anda dengar tentang Persatuan Orang Kurang Upaya (OKU)? Cuba anda senaraikan siapakah yang tergolong dalam orang kurang upaya ini. Ya, orang cacat penglihatan adalah salah satu kumpulan orang yang termasuk dalam golongan orang kurang upaya.
Tahukah anda apakah fungsi persatuan orang kurang upaya ini? Seperti yang telah disenaraikan dalam laman web program kaedah Pemulihan dalam Komuniti yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, antara fungsi persatuan tersebut adalah:


·         Meningkatkan kualiti hidup golongan orang kurang upaya ke tahap maksimum;
·         Memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat bahawa golongan masyarakat yang tidak berupaya perlukan bantuan;
·         Memberi pengetahuan dan kesedaran pemulihan kepada golongan orang kurang upaya, ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam pemulihan;
·         Memulihkan OKU supaya berfungsi sebagai orang biasa;
·         Mengurangkan penempatan jangka panjang yang menyebabkan OKU disisih atau dijauhkan dari keluarga dan masyarakat; dan
·         Menyediakan peluang bagi OKU untuk membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi mereka melalui sumber-sumber yang ada.

(Dipetik dari pdknet.com.my)

 DEFINISI MASALAH PENGLIHATAN
Definisi masalah penglihatan boleh dilihat dalam dua perspektif  dari segi perundangan dan pendidikan. Kedua-dua definisi di bawah telah dipetik daripada laman web dpulih hasil keluaran Kementerian Pelajaran Malaysia
(www.spe-ed.net/v2.php).

Dari Segi Perundangan

Definisi masalah penglihatan melibatkan penilaian ketajaman penglihatan dan medan penglihatan seseorang. Bacaan ketajaman penglihatan akan membezakan seseorang, sama ada dia buta atau kabur penglihatan




Dari Segi Pendidikan


Dari segi pendidikan masalah penglihatan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan.




Klasifikasi masalah penglihatan boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

(a) Kategori low vision (penglihatan terhad)
Kategori low vision juga dikenali sebagai penglihatan terhad. Penglihatan kurang daripada 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa. Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria penglihatan. 
(b) Kategori blind (buta) 
Biasanya penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang terbaik, ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa.

 (Dipetik dari www.spe-ed.net/v2.php)

Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual akuiti dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut:

(a) Sederhana
 
      Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta.

(b) Teruk
 
     Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan alat khas.

(c) Sangat Teruk 
     Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung pada deria-deria lain.

                                                         (Dipetik dari www.spe-ed.net/v2.php)









*.... bersambung...*

0 comments:


click to create your own

kita kan Geng