Tuesday, October 12, 2010

Sistem Tulisan Tunatera

                                              
                                                   HURUF-HURUF BRAILLE



Braille ialah sejenis sistem tulisan sentuh yang digunakan oleh orang buta. Sistem ini dicipta oleh seorang Perancis yang bernama Louis Braille yang buta disebabkan kemalangan semasa kecil. Ketika berusia 15 tahun, Braille mengubah suai tulisan tentera bagi memudahkan tentera untuk membaca ketika gelap. Sistem ini dinamakan sistem Braille. Namun ketika itu Braille tidak mempunyai huruf W.

SEJARAH HURUF BRAILLE

  • Sejarah Huruf Braille bermula apabila tercetusnya inspirasi untuk menciptakan huruf-huruf yang dapat dibaca oleh orang buta berawal dari seorang bekas perwira artileri Napoleon, Kapten Charles Barbier
  • Barbier menggunakan sandi berupa garis-garis dan titik-titik timbul untuk memberikan pesanan ataupun perintah kepada serdadunya dalam  gelap malam. 
  • Pesanan tersebut dibaca dengan cara meraba rangkaian kombinasi garis dan titik yang tersusun menjadi sebuah kalimat.
  • Sistem demikian kemudian dikenal dengan sebutan night writing atau tulisan malam. 
  • untuk  menyesuaikan keperluan para tunanetra, Louis Braille mengadakan uji kaji garis dan titik timbul Barbier kepada beberapa kawan tunanetra. 
  • kenyataannya, jari-jari tangan mereka lebih peka terhadap titik dibandingkan garis sehingga pada akhirnya huruf-huruf Braille hanya menggunakan kombinasi antara titik dan ruang kosong atau spasi. 
  • Sistem tulisan Braille pertama kali digunakan di L’Institution Nationale des Jeunes Aveugles, Paris, dalam rangka mengajar siswa-siswa tunanetra. 
  • Kontroversi mengenai kegunaan huruf Braille di Perancis sempat muncul hingga berujung pada pemecatan Dr. Pignier sebagai kepala lembaga dan larangan penggunaan tulisan Braille di tempat Louis mengajar. 
  • Karena sistem baca dan penulisan yang tidak lazim, sulit untuk meyakinkan masyarakat mengenai kegunaan dari huruf Braille bagi kaum tunanetra.
  • Salah satu penentang tulisan Braille adalah Dr. Dufau, asisten direktur L’Institution Nationale des Jeunes Aveugles. Dufau kemudian diangkat menjadi kepala lembaga yang baru. Untuk memperkuat gerakan anti-Braille, semua buku dan transkrip yang ditulis dalam huruf Braille dibakar dan disita. 
  • Namun dikarenakan perkembangan murid-murid tunanetra yang begitu cepat sebagai bukti dari kegunaan huruf Braille, menjelang tahun 1847 sistem tulisan tersebut diperbolehkan kembali. 
  • Pada tahun 1851 tulisan Braille diajukan pada pemerintah negara Perancis agar diakui secara sah oleh pemerintah. 
  • Sejak saat itu penggunaan huruf Braille mulai berkembang luas hingga mencapai negara-negara lain. Pada akhir abad ke-19 sistem tulisan ini diakui secara universal dan diberi nama ‘tulisan Braille’. 
  • Di tahun 1956, Dewan Dunia untuk Kesejahteraan Tunanetra (The World Council for the Welfare of the Blind) menjadikan bekas rumah Louis Braille sebagai museum. Kediaman tersebut terletak di Coupvray, 40 km sebelah timur Paris.

Abjad Braille

  • Braille terdiri daripada sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan seperti berikut:
Braille cell.svg
  •  kehadiran atau ketiadaan titik itu akan memberi kod untuk simbol tersebut.
  • Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kod huruf Braille Inggeris. 
  • Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara terus. 
  • Contohnya perkataan orang dipendekkan kepada org. Ini membolehkan buku buku Braille yang lebih nipis dicetak. 
  • Simbol Braille juga telah diperkaya sehingga boleh digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik. 
  • Kini Braille telah diubahsuai dengan menambah dua lagi titik menjadikan Braille menjadi kod 8 titik.
  • Ini memudahkan pembaca Braille mengetahui huruf tersebut adalah huruf besar atau kecil. 
  • Selain itu, penukaran ini membolehkan huruf huruf ASCII dipertunjukkan dan kombinasi 8 titik ini diekodkan dalam standard Unicode. 
  • Braille boleh dihasilkan menggunakan batuan loh ( slate) dan stilus ( stylus ) di mana titik dihasilkan daripada belakang muka kertas, menulis dengan imej cermin, menggunakan tangan, atau menggunakan mesin taip Braille yang dikenali sebagai Perkins Brailler.
  • Braille juga boleh dihasilkan menggunakan mesin cetak Braille yang disambung kepada komputer.  
  • Tulisan brail pada butang lif bagi membantu orang kurang upaya (buta).
Simbol simbol Braille adalah seperti berikut:

0 comments:


click to create your own

kita kan Geng