Thursday, April 21, 2011

Hidup Adalah Pilihan...



Bukankah hidup itu adalah pilihan dan bagaimana pula dengan pilihan hidup kita?
Kata orang,
“Apabila ingin menjadi pohon besar bersiaplah bagi diterpa angin dan badai. Sekiranya tidak, jadilah rumput yang hidup dibawah pohon besar. Namun kau akan selalu diinjak-injak orang….
Sekiranya tidak mahu ditumbangkan angin dan diinjak-injak orang, jadilah semak belukar. Namun suatu saat kau akan ditebas orang…. “

Sama ada kita sedari ataupun tidak yang dalam hidup, kita sentiasa perlu membuat pilihan.  Adakalanya kita membuat pilihan yang betul dan tepat . Adakalanya pula kita seringkali silap dalam membuat pilihan.  Namun begitu, bukanlah bermakna kita ini bodoh sekiranya kita silap membuat pilihan dalam hidup kerana ada kemungkinan memang itu yang sudah ditakdirkan buat kita demi menjadikan kita lebih matang dalam menentu arah kehidupan.  Bukan sedikit orang yang berjaya dalam hidup selepas mereka mengambil pelajaran daripada episod-episod duka kerana pilihan-pilihan hidup yang salah. Itulah hikmahnya mengapa dalam hidup harus memilih.

Jangan sekali-kali menyalahkan takdir apabila kita mengalami kegagalan dalam hidup oleh kerana kesilapan dalam membuat pilihan.  Cuba tanya diri kita sendiri.  Benarkah takdir yang bersalah ataupun sebenarnya diri kita sendiri yang perlu dipersalahkan kerana begitu sombong untuk memohon petunjuk daripada Tuhan sebelum membuat pilihan.


Meskipun kita pernah salah membuat pilihan, bersyukurlah sekiranya Tuhan masih memberikan kita kesempatan bagi membuat pembetulan.  Pastikan pilihan kita selepas ini adalah pilihan yang betul berkat petunjuk daripada Tuhan kerana hidup ini terlalu singkat untuk dilalui dengan pilihan yang salah…

0 comments:


click to create your own

kita kan Geng